Residents of Pekan Medamit under the constituency of Batu Danau, Limbang, are set to rejoice with a new waterfront that will not only provide riverine access to nearby settlements but also serve as a hub for events, fastboat racing, regattas and other activities.

A vibrant transformation is underway with the construction of this meticulously designed waterfront, which will feature a jetty, an inviting kiosk area, public toilets and ample parking lots, aligning seamlessly with RECODA’s commitment to enhance public spaces and foster community well-being.

Positioned as a focal point for the future economic growth of Nanga Medamit, the waterfront’s close proximity to the newly constructed Anjung Usahawan Medamit will also provide essential amenities for small business owners, reducing their need to travel 40 minutes to Limbang.

This waterfront project, implemented by the Northern Region Development Agency (NRDA) under RECODA, is set to be completed next year. Its current progress is on schedule and focused on advancing critical works, including the construction of the jetty and other pivotal components such as piling and external works.

———-

Penduduk di Pekan Medamit di kawasan DUN Batu Danau, Limbang bakal menerima kehadiran tebingan sungai baharu yang bukan sahaja akan memberikan akses kepada perkampungan berdekatan, malah berperanan sebagai pusat untuk pelbagai acara seperti perlumbaan bot laju, regata dan aktiviti-aktiviti menarik yang lain.

Pembinaan tebingan sungai ini dirancang dengan teliti dan akan memberikan impak tranformasi yang positif kepada penduduk Pekan Medamit dimana rancangan pembinaan ini akan disertakan dengan sebuah jeti, kawasan kiosk, tandas awam, dan tempat letak kereta yang mencukupi. Kesemua ini selaras sepenuhnya dengan komitmen RECODA untuk meningkatkan ruang awam dan memajukan kesejahteraan masyarakat.

Selain itu, pembinaan ini akan menyediakan kemudahan penting kepada pemilik perniagaan kecil kerana ia berdekatan dengan Anjung Usahawan Medamit yang baru sahaja dibina. Pada masa yang sama, ia mengurangkan masa perjalanan mereka ke Limbang selama 40 minit.

Projek tebingan sungai ini sedang dilaksanakan oleh Northern Region Development Agency (NRDA) di bawah naungan RECODA dan dijadualkan siap pada tahun depan. Pelaksanaan projek ini berjalan mengikut jadual dan kini bertumpu kepada pembinaan jeti dan bahagian-bahagian utama projek ini.