As 2023 draws to a close, it is natural for us to look back on the year’s endeavours. For RECODA, it has been an exciting journey, especially as we witness the continued free flow of domestic and international movement of people and investments in our region. Our commitment extends beyond facilitating the mobility of local communities – we are also dedicated to those who aspire to discover the richness within the Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) region.

As the lead authority responsible for implementing infrastructure projects and socio-economic development programmes in SCORE, RECODA is committed to ensuring seamless connectivity and providing amenities, thus laying the foundation for investments.

We continue to make strides through the implementation of infrastructure projects—roads, bridges, buildings, and utilities—in the Upper Rajang Basin, Baram Highland, and Northern Region of Sarawak. With 251 projects, we aim to reduce the urban-rural divide and draw investments, enhancing local livelihoods.

Out of these projects, 84 are completed, 107 are underway, 36 are in the tender phase, 11 are being designed, and 13 are in planning. We are also carrying out poverty eradication programmes and various socio-economic development programmes to improve the entrepreneurial skills and quality of life of local communities.

Meanwhile, SCORE’s crown jewel, the Samalaju Industrial Park (SIP), continues to be pivotal, drawing half of the corridor’s investments, with emerging ventures in steel and solar manufacturing. This reflects the global interest in SCORE’s rich renewable energy resources.

Despite some challenges, the unwavering support from our stakeholders has been instrumental in overcoming obstacles. I extend my heartfelt thanks to all of you.

With numerous major projects and initiatives on the horizon, such as the Northern Coastal Highway (NCH), the Miri-Marudi, Marudi-Mulu (Kuala Melinau), Long Panai-Long Lama road projects, and the New Lawas Airport, we aim to bolster regional tourism while contributing to achieving the goals set in the Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030, the United Nations’ Sustainable Development Goals (SDGs), and the Sustainable Sarawak Blueprint, promising economic prosperity for Sarawak.

As we look forward to 2024, I express my deepest appreciation for your steadfast trust and support as we remain dedicated to creating a sustainable future for Sarawak. Happy New Year 2024!

———-

MESEJ TAHUN BARU DARIPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) RECODA, DATU HAJI ISMAWI HAJI ISMUNI

Hari ini merupakan penghujung tahun 2023 dan menjadi hari untuk kita mengimbau kembali liku perjalanan yang telah ditempuhi sepanjang tahun ini. Bagi RECODA, 2023 merakam perjalanan menarik lebih-lebih lagi apabila kita menyaksikan pergerakan tanpa batas orang ramai serta pelaburan dalam dan luar negara. Sebab itulah, komitmen kami bukan sahaja menyediakan mobiliti untuk komuniti tempatan, tetapi juga kepada mereka yang berhasrat untuk melihat sendiri keindahan dan kekayaan dalam wilayah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Sebagai agensi pelaksana projek infrastruktur dan program pembangunan sosio-ekonomi di SCORE, RECODA komited memastikan jaringan hubungan yang lancar, di samping menyediakan kemudahan yang menjadi asas kepada tarikan pelaburan.

RECODA melakar pencapaian dalam pelaksanaan projek infrastruktur seperti jalan, jambatan, bangunan dan utiliti – di kawasan Uu Rajang, Baram dan Wilayah Utara Sarawak menerusi 251 projek, yang bertujuan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar serta menarik pelaburan bagi meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat.

Daripada jumlah itu, sebanyak 84 projek selesai pembinaannya, manakala 107 sedang dalam proses pembinaan. 36 lagi dalam fasa tender, 11 sedang direka bentuk, dan 13 projek lagi, dalam perancangan. Program pembasmian kemiskinan dan program pembangunan sosioekonomi juga kami jalankan, sebagai usaha meningkatkan kemahiran keusahawanan dan kualiti hidup komuniti.

Pada yang sama, permata SCORE, iaitu Taman Perindustrian Samalaju (SIP), terus memainkan peranan pentingnya dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri ini sehingga berjaya menarik separuh daripada pelaburan koridor, menerusi usahaniaga baru dalam pembuatan keluli dan solar. Ini menunjukkan bukti minatnya pelabur antarabangsa terhadap kekayaan sumber tenaga boleh diperbaharui yang ada di SCORE.

Meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran,
kami bersyukur, kerana sokongan tidak berbelah bagi daripada anda sekalian telah memudahkan segalanya. Sekalung penghargaan dan terima kasih semua.

Ingin saya kongsikan bahawa tahun mendatang bakal menyaksikan pelbagai lagi projek mega dan inisiatif, yang antaranya ialah pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara atau Northern Coastal Highway (NCH), projek jalan Miri-Marudi, Marudi-Mulu (Kuala Melinau), Long Panai-Long Lama, dan Lapangan Terbang Baru Lawas. Projek-projek ini turut bertujuan memanfaatkan pelancongan serantau, yang sekaligus menyumbang kepada pencapaian matlamat yang ditetapkan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, Sustainble Development Goals (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan Sustainable Sarawak Blueprint, yang menjanjikan kemakmuran ekonomi untuk Sarawak.

Berbaki beberapa jam lagi sebelum ambang tahun baru 2024, saya mengambil kesempatan ini, merakamkan penghargaan tidak terhingga kepada anda semua atas kepercayaan dan sokongan berterusan yang diberikan. Insya Allah kami akan terus menjalankan amanah dengan penuh dedikasi demi mencipta masa depan yang mampan untuk Sarawak. Selamat Tahun Baru 2024!