The Projek Ikan Sangkar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Lawas in Kampung Noor Islam Laut, Kuala Lawas, is set to provide benefits in the white shrimp and tilapia aquaculture field.

This initiative is part of RECODA’s Community@SCORE programme, engaged with Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) and PNK Lawas.

The project, featuring five cages using a super-intensive tank system, not only aims for a one-tonne harvest within a four-month cycle per cage but also improves productivity, maximises space efficiency, promotes environmental conservation, and ensures user-friendly operations.

Datu Haji Ubaidillah Bin Abdul Latip, the Regional Director of the Northern Region Development Agency (NRDA), recently visited the project, accompanied by Mr. Basran bin Sakmad, the Manager of PNK Lawas, and Mr. Sebastian Anak Paul Jokin, a research officer. Their visit aimed to evaluate the progress and feasibility of the technology used.

This initiative, implemented in September 2023 with the aim to stimulate the local economy, is all under the vigilant supervision of PNK to ensure the sustainability and quality of the programme.

———-

Projek Ikan Sangkar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Lawas di Kampung Noor Islam Laut, Kuala Lawas bakal memberi manfaat dalam bidang akuakultur ternakan udang putih dan tilapia.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program Community@SCORE RECODA yang melibatkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan PNK Lawas.

Projek lima sangkar ini menggunakan sistem tangki ‘super-intensive’. Objektifnya bukan hanya terhad kepada penghasilan ternakan sehingga satu tan setiap sangkar dalam tempoh empat bulan, tetapi juga mampu meningkatkan produktiviti, memaksimumkan kecekapan ruang, menggalakkan pemuliharaan alam sekitar dan memastikan operasi yang mesra pengguna.

Pengarah Northern Region Development Agency (NRDA), Datu Haji Ubaidillah Abdul Latip baru-baru ini bersama Pengurus PNK Lawas, Basran Sakmad dan Sebastian Anak Paul Jokin, pegawai penyelidik turun padang untuk melihat sendiri perkembangan projek tersebut dan menilai kebolehlaksanaan teknologi yang digunakan.

Inisiatif ini bermula September tahun lalu (2023) bertujuan untuk memartabatkan ekonomi masyarakat tempatan. Projek ini dipantau rapi PNK bagi memastikan kelestarian dan kualiti program.