Penduduk di wilayah NRDA di Limbang akan terus menikmati kemajuan pembangunan infrastruktur melalui projek-projek seperti pembinaan jalan menghubungkan kawasan luar bandar, bekalan air, kemudahan rekreasi serta pemulihan sekolah yang kini berada dalam fasa pembinaan dan akan siap pada masa akan datang.

Projek infrastruktur yang dilaksanakan oleh Northern Region Development Authority (NRDA) di bawah naungan RECODA adalah seperti berikut:

• Projek Jalan Kampung Pendam ke Kampung Ipai
• Pembinaan Jalan dari Bukit Lubok ke Kampung Seberang Kedai Limbang
• Pembinaan Jalan Ranga ke Kuala Limbang
• Projek Bekalan Air di Limbang (dari Bawang Ubor ke Rumah Jubang)
• Projek Anjung Usahawan Kampung Pahlawan
• Projek Tebingan Sungai Pekan Medamit
• Projek Kemudahan Rekreasi Daerah Limbang
• Projek Ubah Suai Naik Taraf Sekolah-sekolah

Perkembangan projek ini telah dibentangkan oleh Pengarah NRDA, Datu Haji Ubaidillah bin Abdul Latip kepada Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Datuk Haji Hasbi bin Habibollah, yang juga merupakan Ahli Parlimen Limbang di pejabat beliau di Limbang.

Datuk Haji Hasbi, yang juga Ahli Lembaga Pengarah NRDA menyeru NRDA untuk meneruskan momentum konsisten dalam membangunkan infrastruktur di Limbang, dengan tujuan memastikan penduduk tempatan dapat menikmati kemudahan yang lebih baik, selesa dan selamat.

Sesi kemaskini status pelaksanaan projek di Limbang juga turut dihadiri oleh agensi teknikal kerajaan lain termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) Limbang dan Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (DID) Limbang.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Danau yang juga Ahli Lembaga Pengarah NRDA, YB Dato Paulus Palu Gumbang.

———-

The residents in the Northern Region Development Authority (NRDA) region in Limbang will continue to enjoy the benefits of infrastructure development through projects such as the construction of roads connecting rural areas, water supply, recreational facilities, as well as school upgrades and repairs that are in various stages of completion.

The infrastructure projects implemented by NRDA under RECODA are as follows:

• The road project from Jalan Kampung Pendam to Kampung Ipai (15km)
• The road project from Bukit Lubok to Kampung Seberang Kedai Limbang (3.7km)
• The road project Jalan Rangau to Kuala Limbang (3.2km)
• Limbang Water Supply Project (Bawang Ubor to Rumah Jubang)
• Kampung Pahlawan Anjung Usahawan Project
• Sungai Pekan Medamit Waterfront Project
• Limbang recreational facilities project
• Upgrade and repair of school facilities (Completed)

The briefing on the progress of these projects was delivered by the NRDA Director, Datu Haji Ubaidillah bin Abdul Latip, to the Deputy Minister of Transport Malaysia, Datuk Haji Hasbi Habibollah, who is also the Member of Parliament for Limbang, at his office in Limbang.

Datuk Haji Hasbi, who is also an NRDA Board Member, has called for the extension of ongoing NRDA projects, emphasising their timely completion and expansion into phase two for enhanced community benefits.

“We must ensure the continuity of these initiatives to provide better facilities and consider the potential of Limbang as a competitive sports destination with adequate and standard facilities,” said Hasbi.

Attending the meeting were representatives of the Public Works Department (JKR) Limbang and Department of Irrigation and Drainage (DID) Limbang. Also present was Batu Danau Assemblyman and NRDA Board Member Dato Paulus Palu Gumbang. NRDA is a regional development agency under the Regional Corridor Development Authority (RECODA).

#RECODA #SCORE #investSCORE #NRDA