RECODA and MDDM Join Forces to Boost Local Entrepreneurs and Iconic Industries
The RECODA Socio-Economic Team, led by their Manager, Aloysius Claudius, recently met with the Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) in Mukah to discuss the status and upcoming handover of socio-economic projects under COMMUNITY@SCORE, aimed at empowering local entrepreneurs.
These initiatives provide essential tools and facilities to support local production of iconic Mukah products, including saguk (roasted sago pearls), tebaloi, lemantak, traditional kuih, machetes (parang), woven tapou & baskets, and more.
Through these collaborations, and many more to come, RECODA and MDDM will continue to provide resources to benefit the community and foster economic growth in the region.
—–
Pasukan Sosioekonomi RECODA, diketuai oleh Pengurusnya, Aloysius Claudius, telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) di Mukah baru-baru ini, untuk membincangkan status dan penyerahan projek sosioekonomi COMMUNITY@SCORE yang bertujuan untuk memperkasakan usahawan tempatan.
Inisiatif projek ini merangkumi penyediaan peralatan dan kemudahan penting bagi menyokong pengeluaran produk ikonik Mukah, termasuk saguk, tebaloi, lemantak, kuih tradisional, parang, anyaman tapou & bakul, dan banyak lagi.
RECODA dan MDDM turut menyerahkan ketuhar gred industri kepada tiga usahawan tebaloi di Mukah, bagi membantu mereka untuk meningkatkan pengeluaran dan mengembangkan perniagaan.
Bersama-sama, kami akan terus bekerjasama untuk menyediakan sumber yang memberi manfaat kepada komuniti dan memacu pertumbuhan ekonomi di kawasan ini.