
Preparations in Full Swing for Program Bakti MADANI Miri 2025!
The final committee meeting for the Program Bakti MADANI (PBM) Miri 2025: Sarawak Maju Makmur – “Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) Ke Arah Pemerkasaan Rakyat” was chaired by our CEO, Datuk Haji Ismawi bin Haji Ismuni, attended by a delegation from the Performance Acceleration Coordination Unit (PACU) under the Prime Minister’s Office and other Government agencies.
This programme, a joint collaboration between PACU and the RECODA is scheduled to take place from 7 to 9 February 2025. The event will be graced by The Right Honourable Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier of Sarawak, on 8 February 2025 (Saturday).
Earlier today, our CEO led a site visit to Stadium Bandaraya Miri to ensure preparations are on track for the big day. He was joined by representatives from the Sarawak State Development Office, Pejabat Residen Miri, the Royal Malaysia Police (PDRM) Miri, and other key agencies.
Highlights to look forward to:
- Exhibitions by Federal & State agencies
- Pameran Kerjaya for young talents
- Pocket Talks on health, education & online scams
- Battle of the Bands, Zumba & Colouring Contest
- Konsert Baby Shima, Ricky Andrewson, Alleycats & more!
- Grand Lucky Draw: WIN a Proton Saga!
We’re also bringing the excitement to Niah with a Satellite Programme featuring Gotong-Royong, free Health Screenings, Lucky Draws & booths from LHDN, KWSP, Jabatan Kebajikan Masyarakat, and more!
Stay tuned for updates and see you there!
___
Persiapan Penuh untuk Program Bakti MADANI Miri 2025!
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja yang terakhir untuk Program Bakti MADANI (PBM) Miri 2025: Sarawak Maju Makmur – “Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) Ke Arah Pemerkasaan Rakyat” dipengerusikan oleh, Datuk Haji Ismawi bin Haji Ismuni, CEO RECODA yang turut dihadiri oleh delegasi dari Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) di bawah Pejabat Perdana Menteri dan wakil agensi Kerajaan yang lain.
Program anjuran bersama PACU dan RECODA ini akan diadakan dari 7-9 Februari 2025 dan bakal dirasmikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 8 Februari 2025 (Sabtu).
Hari ini, Datuk Haji Ismawi bersama wakil-wakil dari Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Pejabat Residen Miri, PDRM Miri, dan agensi-agensi lain telah melakukan lawatan tapak di Stadium Bandaraya Miri untuk memastikan segala persiapan berjalan lancar untuk hari besar tersebut.
Antara aktiviti utama yang menarik:
- Pameran oleh agensi-agensi Persekutuan & Negeri Sarawak
- Pameran Kerjaya untuk bakat muda
- Pocket Talks mengenai kesihatan, pendidikan & jenayah atas talian
- Battle of the Bands, Zumba & Pertandingan Mewarna
- Konsert Baby Shima, Ricky Andrewson, Alleycats & banyak lagi!
- Cabutan Bertuah Utama: sebuah Proton Saga!
Kami juga akan membawa acara-acara menarik ke Niah dengan Program Satelit yang melibatkan aktiviti seperti Gotong-Royong, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Cabutan Bertuah & booth LHDN, KWSP, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan banyak lagi!
Ikuti perkembangan terkini dan jumpa di sana!