Kampung Punang in Lawas is set to be another tourist attraction with the completion of the Punang Nature Walk.

The launching of this RM1.2 million Northern Region Development Agency (NRDA) project was graced by the Deputy Premier of Sarawak, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, who is also the Chairman of NRDA.

The Punang Nature Walk illustrates NRDA’s commitment to promoting economic development and improving the quality of life for the people living in Lawas. It is designed to enhance Lawas’ tourism ecosystem with the installation of new public amenities.

The CEO of RECODA, Datu Haji Ismawi Haji Ismuni, has said that the agency is committed to ensuring balanced and consistent development in the region. He disclosed that since its establishment in 2018, NRDA has been entrusted with a total of 156 infrastructure projects, 76 of which are now complete.

For Kampung Punang, the Sarawak government allocated a total of RM36 million to implement six (6) infrastructure development projects, four (4) of which are completed and two (2) are under implementation and will be completed soon.

This initiative is part of Sarawak’s overall development strategy, with NRDA overseeing various projects aimed at improving connectivity, recreation, and community facilities.

Also in attendance were NRDA Regional Director, Datu Haji Ubaidillah Abdul Latip; Limbang Resident, Tuan Haji Unus Bin Tambi; Political Secretary to the Premier of Sarawak, Tuan Awangku Jinal Abedin Pengiran Datuk Haji Jawa; District Officer of Lawas, Ladin Atok; Temenggong, Hj. Rosli Bin Maji; Pemanca, Haji Hassan bin Pilus; Penghulu of Kg Punang, Hj Merali Bin Ambi; Heads of Departments, Community Leaders, Ketua-ketua Kampung and Ketua-ketua Kaum.

———-

Kg Punang di Lawas akan menjadi satu lagi tarikan pengunjung apabila siapnya Punang Nature Walk.

Pelancarannya telah disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, yang juga Pengerusi Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA).

Projek dibawah NRDA bernilai RM1.2 juta ini mencerminkan komitmen NRDA dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosio-ekonomi di Lawas. Dengan kemudahan awam baru, tapak barbeku, kawasan perkhemahan dan banyak lagi, projek ini menambah daya tarikan kepada ekosistem pelancongan di kawasan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RECODA, Datu Haji Ismawi Haji Ismuni, berkata RECODA komited dalam memastikan pembangunan di rantau ini adalah seimbang dan konsisten. Sejak penubuhannya pada 2018, NRDA telah diamanahkan dengan 156 projek infrastruktur, 76 daripadanya telah siap.

Bagi Kg Punang, Kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM36 juta untuk enam (6) projek infrastruktur yang mana empat (4) telah siap manakala dua (2) lagi sedang dalam pembinaan dan hampir siap.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada strategi pembangunan menyeluruh Sarawak, di mana NRDA telah menyelia pelbagai projek yang bertujuan untuk meningkatkan jaringan hubungan, rekreasi dan kemudahan komuniti.

Turut hadir,  Pengarah Wilayah NRDA, Datu Haji Ubdaidillah Abdul Latip; Residen Limbang, Tuan Haji Unus Bin Tambi; Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Tuan Awangku Jinal Abedin Pengiran Datuk Haji Jawa; Pegawai Daerah Lawas, Encik Ladin Atok; Temenggong, Hj. Rosli Bin Maji; Pemanca, Haji Hassan bin Pilus; Penghulu Kg Punang, Hj Merali Bin Ambi; Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Masyarakat, Ketua-ketua Kampung, Ketua-ketua Kaum.