Collaboration increases productivity, performance, and trust!

RECODA welcomed a courtesy visit recently from Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak, an assessment and training centre under the Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia. The team was led by their CEO, Abdul Rahman Ahmad.

During the visit, Abdul Rahman highlighted that ABM Wilayah Sarawak supports the construction industry by providing job opportunities, particularly to local Sarawakians. He also pointed out that many development projects in rural areas face shortages of skilled workers.

Our CEO, Datu Haji Ismawi Haji Ismuni expressed his appreciation for ABM Wilayah Sarawak’s vision to collaborate with RECODA to ensure the successful implementation of mega projects such as the Northern Coastal Highway (NCH), the New Lawas Airport, and the Miri-Marudi-Mulu road.

Datu Ismawi also shared RECODA’s monitoring system in the rural area projects to ensure that the rakyat can benefit from the development, thereby enhancing their livelihoods.

———

Kolaborasi meningkatkan produktiviti, pencapaian, dan kepercayaan!

RECODA hari ini menerima kunjungan daripada Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak, sebuah pusat penilaian dan latihan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Malaysia.

Delegasi ABM Wilayah Sarawak diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Rahman Ahmad, yang menyatakan bahawa ABM Wilayah Sarawak sentiasa menyokong industri pembinaan dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada anak tempatan Sarawak. Beliau turut berkongsi bahawa banyak projek pembangunan di luar bandar mengalami cabaran kekurangan tenaga mahir.

Dalam pada itu, CEO RECODA, Datu Haji Ismawi Haji Ismuni dalam pertemuan pagi tadi menzahirkan penghargaan kepada ABM Wilayah Sarawak yang berhasrat menjalinkan kerjasama dengan RECODA terutamanya dalam projek mega Lebuhraya Pesisir Utara (NCH), Lapangan terbang baru Lawas, dan projek jalan Miri-Marudi-Mulu.

Datu Ismawi juga berkongsi tentang sistem pemantauan RECODA ke atas projek luar bandar bagi memastikan masyarakat di situ menikmati pembangunan infrastruktur yang akan meningkatkan taraf hidup mereka.