President & Group Chief Executive Officer (CEO) of Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah Bin Wan Ali, led delegations from Affin Bank during their recent courtesy visit to RECODA.

He shared that Affin Bank is planning to open a branch in Lawas.

RECODA’s CEO, Datu Ismawi Ismuni, positively agreed and responded that it is a good move, especially considering the mega projects to be launched in the Northern Region Development Agency (NRDA) area. These projects include:

  • The proposed Northern Coastal Highway (NCH) project, which will provide the much-needed road connectivity for efficient transportation and logistics in a strategically located region adjacent to Sabah, Brunei, and Indonesia.
  • The proposed New Lawas Airport; featuring a 1,790-meter runway, capable of accommodating ATR 72 aircraft.
  • The proposed Lawas Deep Sea Port Complex, designed to support the petrochemical industry.

Datu Ismawi then ushered the delegation to RECODA’s gallery, where we showcase our milestones and our compelling storytelling.

———-

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah Bin Wan Ali mengetuai delegasi dari Affin Bank semasa kunjungan hormat ke RECODA baru-baru ini.

Beliau berkongsi tentang rancangan Affin Bank untuk memperluaskan cawangan mereka di Lawas.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RECODA, Datu Ismawi Ismuni menyambut baik langkah tersebut terutamanya apabila beberapa projek mega bakal dilancarkan di kawasan Northern Region Development Agency (NRDA), termasuklah:

  • Cadangan projek Lebuhraya Pesisir Utara (NCH) yang akan menyediakan rangkaian jalanraya efisen untuk pengangkutan dan logistik di kawasan strategik yang akan menghubungkan Sabah, Brunei dan Indonesia.
  • Cadangan pembinaan Lapangan Terbang Baharu Lawas dengan landasan sepanjang 1,790 meter yang mampu menampung pesawat ATR 72.
  • Cadangan pembinaan Kompleks Pelabuhan Laut Dalam Lawas yang akan menyokong industri petrokimia.

Datu Ismawi kemudian membawa delegasi ke galeri RECODA yang memaparkan kisah kejayaan serta penceritaan menarik mengenai RECODA.