Our Socio-Economic Development unit held a Coordination and Monitoring Meeting with representatives from the Kapit, Song, Bukit Mabong and Belaga District Offices, together with the Department of Agriculture (DOA) Kapit and Kanowit and the Kapit District Council. The meeting focused on reviewing progress reports of socio-economic projects implemented under Upper Rajang Development Agency (URDA) area to ensure effective coordination, improve monitoring processes and address challenges encountered in project execution.
During the site visit to the COMMUNITY@SCORE projects in Kapit, we engaged with the participants to better understand their experiences, challenges and feedback.
The visit included handicraft projects for making traditional mats by Mrs. Minah Anak Jagong in Pelagus and Mrs. Gawai Anak Melintang in Katibas; inland fisheries project focusing on upgrading equipment by Mr. Babai Anak Batu in Katibas; crop cultivation development programme by the community at Rumah Benggau Anak Andah; and inland fisheries projects in Bukit Mabong, focusing on project development by Mr. Sindong Anak Jilap, Mr. Lubang Anak Dilang and Mr. Saban Engsong.
RECODA aims to empower local communities to achieve lasting economic growth and improved livelihoods for the people of Kapit and beyond.
—–
Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi kami telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan dan Pemantauan bersama wakil-wakil dari Pejabat Daerah Kapit, Song, Bukit Mabong dan Belaga, Jabatan Pertanian (DOA) Kapit dan Kanowit serta Majlis Daerah Kapit. Mesyuarat ini bertujuan menyemak laporan kemajuan projek-projek sosio-ekonomi yang dilaksanakan di bawah kawasan Agensi Pembangunan Rajang Hulu (URDA) dalam memastikan penyelarasan yang berkesan, memperbaiki proses pemantauan, dan menangani cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan projek.
Semasa lawatan tapak ke projek COMMUNITY@SCORE di Kapit, kamii berinteraksi dengan para peserta bagi memahami pengalaman, cabaran, dan maklum balas mereka dengan lebih baik.
Lawatan tersebut termasuk projek kraf tangan seperti pembuatan tikar tradisional oleh Puan Minah Anak Jagong di Pelagus dan Puan Gawai Anak Melintang di Katibas; projek perikanan darat yang memfokuskan kepada peningkatan peralatan oleh Encik Babai Anak Batu di Katibas; program pembangunan penanaman tanaman oleh komuniti di Rumah Benggau Anak Andah; serta projek perikanan darat di Bukit Mabong yang memfokuskan kepada pembangunan projek oleh Encik Sindong Anak Jilap, Encik Lubang Anak Dilang dan Encik Saban Engsong.
RECODA terus komited memperkasakan komuniti tempatan bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat di Kapit dan kawasan sekitarnya.