The Upper Rajang Development Agency (URDA) through RECODA launched a new project connecting Long Wat and Long Malim in Belaga today. Murum Assemblyman YB Kennedy Chukpai Ugon officiated the event with a ribbon-cutting ceremony for the new concrete road and bridge.

YB Kennedy also thanked the Sarawak Government for the funding and highlighted the project’s impact on transportation efficiency, economic growth and development in the region.

During a short briefing, URDA Regional Director Joseph Belayong detailed the project, which includes a 69.6m reinforced concrete bridge over Sg. Lekasi and upgraded roads to R1 modified standard.

Also present were Mr David Langan, Belaga District Office Officer, Mr. Ir. Ts. Jawa Anak Gara, Divisional Engineer (JKR Kapit Division), Community Leader dan Pastor Jimbai Achol, Regional Chairman of the Borneo Evangelical Mission (BEM) Belaga Region.

The ceremony coincided with Public Works Department’s (JKR) groundbreaking for a new construction project, promising further development for the area.

———-

Satu lagi projek rakyat dilancarkan hari ini oleh Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) melalui RECODA.

Majlis perasmiannya disempurnakan oleh ADUN N.66 Murum, YB Kennedy Chukpai Ugon.

Projek baru bagi jalan simen yang dinaik taraf dan jambatan baharu itu, menghubungkan komuniti Long Wat dan Long Malim di Belaga.

YB Kennedy mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas peruntukan dan menekankan impak positif projek ini di kawasan tersebut.

Pengarah Wilayah URDA, Joseph Belayong sebelum itu memberikan taklimat mengenai jambatan konkrit bertetulang jalan tunggal dua hala sepanjang 69.6 meter merentasi Sungai Lekasi serta jalan yang dinaik taraf mengikut standard R1 yang telah diubah suai.

Turut hadir, Encik David Langan, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Belaga, Tuan Ir. Ts. Jawa Anak Gara, Jurutera JKR Bahagian Kapit, Ketua Masyarakat dan Pastor Jimbai Achol, Pengerusi Daerah Borneo Evangelical Mission (BEM) Daerah Belaga.

Majlis ini diadakan sempena majlis pecah tanah oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk projek pembinaan baru yang menjanjikan lebih banyak pembangunan di kawasan tersebut.