Recently, our CEO, Datuk Haji Ismawi Haji Ismuni, along with the Project Management Team, conducted a site visit to evaluate the progress and ensure the project is on track. During the visit, one of the key milestones was achieved with the launch of a bridge girder, marking significant progress in the construction of the bridge.

Implemented by the Northern Region Development Agency (NRDA) under RECODA, this infrastructure project will enhance connectivity and open up new economic opportunities for communities in the region.

—–

Projek Jambatan Bandar Lawas Baharu dijangka membawa perubahan besar kepada Wilayah Utara Sarawak!

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif kami, Datuk Haji Ismawi Haji Ismuni, bersama pasukan Pengurusan Projek telah mengadakan lawatan tapak untuk menilai kemajuan dan memastikan projek ini berjalan mengikut jadual. Semasa lawatan tersebut, satu pencapaian penting telah direkodkan dengan pelancaran salah satu rasuk jambatan (girder), yang menandakan kemajuan signifikan dalam pembinaan jambatan ini.

Projek infrastruktur yang dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) di bawah RECODA ini akan meningkatkan ketersalinghubungan dan membuka peluang ekonomi baharu untuk komuniti di wilayah ini.