
RECODA and Sakura Ferroalloys Continue Rural Empowerment in Long Lama
RECODA, in collaboration with Sakura Ferroalloys Sdn Bhd, held a CSR handover ceremony today for the COMMUNITY@SCORE programme at the Telang Usan District Office in Long Lama under the Highland Development Agency (HDA).
Two local entrepreneurs from Kampung Long Sobeng and Kampung Sungai Dua received essential business equipment to strengthen their operations and create greater economic value for their communities.
Officiated by Penghulu Desmond Yap, representing YB Dato Dennis Ngau, ADUN N.77 Telang Usan, the event reflects the power of strategic partnerships in uplifting rural livelihoods.
Our heartfelt thanks to Sakura Ferroalloys for their ongoing commitment to community development through RECODA’s Private Investment Unit, led by its Manager, Mdm Lulu Law.
Also present were Mr Charles Aloysius Lisu, Beluru District Officer; Mdm Ping Anyi Ngau, Administrative Officer from the Telang Usan District Office; Temenggong Elizabeth Deng, Kayan Community Leader in Miri Division; and representatives from HDA, Sakura Ferroalloys and the Telang Usan District Office.
—-
RECODA dengan kerjasama Sakura Ferroalloys Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Penyerahan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk Program COMMUNITY@SCORE yang berlangsung hari ini di Pejabat Daerah Telang Usan, Long Lama, di bawah Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA).
Dua usahawan tempatan dari Kampung Long Sobeng dan Kampung Sungai Dua telah menerima sumbangan peralatan perniagaan yang penting bagi mengukuhkan operasi mereka serta menjana nilai ekonomi yang lebih besar untuk komuniti masing-masing.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Penghulu Desmond Yap, yang mewakili YB Dato Dennis Ngau, Ahli Dewan Undangan Negeri N.77 Telang Usan, dan mencerminkan kekuatan kerjasama strategik dalam memperkasa kehidupan masyarakat luar bandar.
Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan kepada Sakura Ferroalloys atas komitmen berterusan mereka terhadap pembangunan komuniti, yang direalisasikan melalui Unit Pelaburan Swasta RECODA di bawah pimpinan Puan Lulu Law selaku Pengurus Unit.
Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Charles Aloysius Lisu, Pegawai Daerah Beluru; Puan Ping Anyi Ngau, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Telang Usan; Temenggong Elizabeth Deng, Ketua Kaum Kayan bagi Bahagian Miri; serta wakil-wakil daripada HDA, Sakura Ferroalloys dan Pejabat Daerah Telang Usan.