RECODA, in collaboration with Press Metal Sdn. Bhd., successfully extended contributions to six entrepreneurs from the Upper Rajang Development Agency (URDA) region under the COMMUNITY@SCORE programme. This initiative aims to support and empower their operations, enhancing the productivity and competitiveness of local businesses in Kapit while driving economic growth within the Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE).

As part of Press Metal’s ongoing commitment to Corporate Social Responsibility (CSR), this programme focuses on supporting participants in sewing and embroidery, as well as beadcraft businesses. This initiative, part of a broader series of CSR projects, reflects their dedication to uplifting local communities.

Through this partnership, RECODA strengthens its mission to foster sustainable and inclusive development in Sarawak by empowering local artisans and entrepreneurs in these traditional crafts.

Highlighting the programme’s impact, Mr. Ambrose Abong Anak Bugek, Political Secretary to the Minister of Works, stated, “By empowering local entrepreneurs, we are contributing to a brighter and more inclusive future for the URDA region.” Echoing this, Mr. Joseph Belayong, URDA’s Regional Director, affirmed, “The COMMUNITY@SCORE initiative is a key step toward achieving sustainable development and enhancing the economic resilience of local communities in Sarawak.”

We extend our heartfelt gratitude to Press Metal Sdn. Bhd. for their invaluable contribution and ongoing support in uplifting our communities.

—–

RECODA, dengan kerjasama Press Metal Sdn. Bhd., telah menyumbangkan peralatan dan sokongan kepada enam usahawan dari Kawasan Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) di bawah program COMMUNITY@SCORE. Inisiatif ini bertujuan untuk mempertingkatkan operasi perniagaan mereka, meningkatkan produktiviti serta daya saing perniagaan tempatan di Kapit dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di wilayah SCORE.

Dalam usaha menyokong Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Press Metal melalui program ini menyediakan peralatan yang penting untuk membantu usahawan mengatasi cabaran dalam persekitaran perniagaan yang semakin kompetitif. Kerjasama ini memperkukuh lagi komitmen RECODA untuk memajukan pembangunan mampan dan inklusif di Sarawak.

Tuan Ambrose Abong Anak Bugek, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya, dalam ucapannya, menyatakan, “Melalui pemberdayaan usahawan tempatan, kita sedang membina masa depan yang lebih cerah dan inklusif bagi wilayah URDA.” Tuan Joseph Belayong, Pengarah Wilayah URDA, menambah, “Program COMMUNITY@SCORE adalah langkah yang signifikan dalam mencapai matlamat pembangunan mampan serta mengukuhkan daya tahan ekonomi komuniti tempatan di Sarawak.

Kami merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Press Metal Sdn. Bhd. atas sumbangan mereka yang amat bernilai dan sokongan berterusan dalam memajukan kesejahteraan komuniti kami.