YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Chairman of the Northern Region Development Agency (NRDA) visited school renovation projects at SK Trusan and SK Kampung Lintang, Lawas.

SK Trusan is set to receive a new two-story administration block and new student dormitories to enhance student accomodations. Meanwhile, at SK Kampung Lintang, a newly built student dormitory project is nearing completion, aiming to create a comfortable learning environment and boost student motivation. YB Datuk Aamar also emphasised the importance of addressing urgent school needs in phases to accommodate various requirements effectively.

Attention was also drawn to Immigratios, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex Mengkalap, with YB Datuk Amar stressing its significance as an international entry point. Improvements at the checkpoint aim to enhance efficiency and provide a positive impression of Sarawak to visitors.

Also present were NRDA Regional Director, Datu Haji Ubaidillah bin Abdul Latip, District Officer of Lawas, Ladin Bin Atok, Department Heads, as well as community leaders from nearby areas.

———-

RECODA Terus Perbaiki Kemudahan Pendidikan Untuk Komuniti! YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Pengerusi Northern Region Development Agency (NRDA), meninjau beberapa projek naiktaraf sekolah daif di Lawas melibatkan pembaikan infrastruktur dan kemudahan pendidikan.

Pelajar di SK Trusan akan menikmati kemudahan asrama baru yang lebih selesa manakala pihak pentadbiran sekolah juga dapat bekerja dengan kemudahan yang lebih kondusif apabila siapnya sebuah blok pentadbiran dua tingkat yang baharu nanti.

Begitu juga di SK Kampung Lintang, di mana projek pembinaan asrama pelajar baru yang hampir siap, bertindak sebagai penyuntik semangat kepada pelajar di situ.

YB Datuk Amar berkata adalah penting untuk menangani keperluan sekolah yang mendesak secara berperingkat bagi memastikan semua aspek keperluan diambilkira.

Datuk Amar Awang Tengah yang turut meninjau Kompleks ICQS Mengkalap berkata, perhatian juga harus diberikan kepada pintu masuk antarabangsa. Ini bukan sahaja bagi memastikan urusan keluar masuk pengunjung ke Sarawak berjalan lancar, malah usaha menambahbaik infra di Kompleks ICQS dapat memberikan imej positif pengunjung terhadap negeri ini.

Turut hadir Pengarah Wilayah NRDA, Datu Haji Ubaidillah bin Abdul Latip, Pegawai Daerah Lawas, Ladin Bin Atok, Ketua-ketua Jabatan serta ketua masyarakat dan ketua kaum dari kawasan berdekatan.