Mukah District SDG Program 2024: Advancing Sustainability Together!
RECODA, in collaboration with the Ministry of Economy, Mukah District Office, Dalat & Mukah District Council, and Pusat Khidmat Mukah P213, proudly launched the Mukah District SDG Program 2024. This event, officiated by Deputy Minister of Economy and Member of Parliament for Mukah, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, represents a significant step forward in our collective commitment to sustainability.
The program brought together over 400 participants, including 150 students, in meaningful activities such as a coastal cleanup initiative in Mukah and a tree-planting initiative near Kala Dana Beach.
We extend our deepest gratitude to Press Metal for empowering local entrepreneurs through the COMMUNITY@SCORE program, driving economic progress and supporting the achievement of multiple SDGs. Special thanks also go to EKUINAS for their impactful “Back to School” aid program and to APPGM-SDG for their insightful contributions to sustainable development.
Together, let’s work to preserve our planet for future generations!
—-
Program SDG Daerah Mukah 2024: Langkah Ke Arah Kelestarian!
RECODA berganding bahu bersama-sama Kementerian Ekonomi, Pejabat Daerah Mukah, Majlis Daerah Dalat & Mukah serta Pusat Khidmat Mukah P213 menganjur Program SDG Mukah, yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Ekonomi merangkap Ahli Parlimen Mukah, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib.
Kesepakatan dalam menganjurkan program ini mencerminkan komitmen bersama kami ke arah kelestarian.
Program berimpak tinggi ini telah menghimpunkan seramai lebih 400 peserta, termasuk 150 pelajar, yang terlibat dalam inisiatif pembersihan pantai dan penanaman pokok di sekitar pantai Kala Dana.
Acara yang memberi penekanan terhadap pemeliharaan alam sekitar dan pemerkasaan komuniti ini turut merangkumi bengkel interaktif sempena Festival Makanan Mukah, satu acara meraikan kekayaan warisan kulinari kawasan ini.
Terima kasih kepada Press Metal atas sokongan terhadap usahawan tempatan melalui program COMMUNITY@SCORE, yang secara tidak langsung memperkasakan perniagaan kecil sekaligus menyumbang kepada pencapaian pelbagai matlamat SDG. Penghargaan juga kepada EKUINAS yang bermurah hati menghulurkan bantuan dalam program “Back to School”.
Terima kasih juga kepada APPGM-SDG atas perkongsian yang bermanfaat mengenai pembangunan lestari.
Bersama-sama, marilah kita berusaha memelihara planet ini demi generasi akan datang!
Â