
Inisiatif Pendapatan Rakyat – Basmi Miskin Tegar (IPR-BMT) Programme in Sarikei
RECODA’s Socio-Economic Development Unit recently engaged with the Sarikei Division Administrative to discuss the implementation of the Inisiatif Pendapatan Rakyat – Basmi Miskin Tegar (IPR-BMT) programme. This initiative aims to empower the hardcore poor, poor, and B40 communities by creating sustainable income opportunities that promote long-term financial stability.
The discussion focused on ensuring the programme is implemented effectively through strategic planning, resource allocation and tailored approaches that address the specific needs of the Sarikei community. Through collaboration, IPR-BMT seeks to uplift communities, foster entrepreneurship and strengthen economic sustainability, ultimately enabling more individuals to break free from the cycle of poverty
Also present at the meeting were Sarikei District Officer, Louis Yeo Soon Guan and Donald Anak Gani, representative from Sarikei Resident Office.
——
Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi RECODA baru-baru ini telah mengadakan sesi libat urus bersama Bahagian Pentadbiran Sarikei bagi membincangkan pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat – Basmi Miskin Tegar (IPR-BMT). Inisiatif ini bertujuan untuk memperkasa komuniti miskin tegar, miskin dan B40 melalui peluang penjanaan pendapatan yang mampan, sekali gus memastikan kestabilan kewangan jangka panjang.
Perbincangan hari ini tertumpu kepada perancangan strategik, pengagihan sumber yang cekap dan pendekatan bersasar bagi memastikan pelaksanaan program ini benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat di bahagian Sarikei. Melalui usaha sama ini, IPR-BMT berhasrat untuk memperkasa komuniti, memupuk keusahawanan, serta mengukuhkan daya tahan ekonomi, agar lebih ramai individu dapat keluar daripada kitaran kemiskinan.
Turut hadir dalam sesi ini ialah Pegawai Daerah Sarikei, Louis Yeo Soon Guan dan Wakil Pejabat Residen Sarikei, Donald Anak Gani.