Handover of RECODA’s COMMUNITY@SCORE Project in Nanga Ngungun, Kanowit
A handover, following the final inspection of RECODA’s COMMUNITY@SCORE project in Nanga Ngungun, Kanowit recently took place.
The Projek Bina Baru Tempat Pembuatan Parang atau Pisau is an initiative aimed at elevating the overall craftsmanship in parang making and will serve as a hub for various other handicrafts in addition to parang.
Joining us were representatives from the Kanowit District Office, the Public Works Department of Sibu Division, the Penghulu of Ngungun Area, and the Upper Rajang Development Agency (URDA).
———-
Pembangunan sosio-ekonomi masyarakat terus jadi antara keutamaan RECODA dalam mengimbangi pembangunan infrastruktur di kawasan SCORE.
Hari ini pasukan kerja projek COMMUNITY@SCORE RECODA mengadakan pemeriksaan akhir ke atas premis Pembuatan Parang atau Pisau di Nanga Ngungun, Kanowit, sebelum menyerahkan projek tersebut kepada komuniti di Kawasan Skim Penempatan semula RASCOM di Nanga Ngungun.
Inisiatif ini bukan sahaja secara tidak langsung meningkatkan kemahiran peserta dalam industri pembuatan parang, malah premis ini juga akan berfungsi sebagai pusat pengeluaran pelbagai hasil kraftangan selain parang.
Hadir dalam majlis sederhana ini ialah wakil-wakil dari Pejabat Daerah Kanowit, Jabatan Kerja Raya Bahagian Sibu, Penghulu Kawasan Ngungun dan Upper Rajang Development Agency (URDA).