More than 2,000 residents from 5 longhouse areas around Baleh Village, Rh. Belaja, Ng. Benin, Ng. Pelagus, and Pelagus Resort will benefit when the new road project from Baleh Bridge to Pelagus Resort via Rh. Belaja, Ng. Benin, and SK Ng. Pelagus (Phase 1 – Section 1) is completed in April 2027.

The groundbreaking ceremony for the Upper Rajang Development Agency (URDA) Development Project under the Regional Corridor Development Authority (RECODA) for Package 2: Road Infrastructure Project in Pelagus/Baleh was officiated by Yang Berhormat Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Minister of Works Malaysia and Chairman of URDA.

The symbolic launch marked the commencement of the construction of approximately 7 kilometers of road and two bridges over Sungai Senuang and Sungai Aya.

The development aims to enhance connectivity in the region, providing improved access for the local communities and fostering socio-economic growth.

Dato Sri Alex emphasised the importance of the project in uplifting the livelihoods of residents in Pelagus and Baleh areas while reiterating the government’s commitment to inclusive development.

Also present at the ceremony was Yang Berhormat Encik Wilson Nyabong Ijang, ADUN N.61 Pelagus.

——-

Lebih 2,000 penduduk dari 5 kawasan rumah panjang sekitar Kampung Baleh, Rh. Belaja, Ng. Benin, Ng. Pelagus, dan Pelagus Resort akan mendapat manfaat apabila projek jalan baharu dari Jambatan Baleh ke Pelagus Resort melalui Rh. Belaja, Ng. Benin, dan SK Ng. Pelagus (Fasa 1 – Seksyen 1), siap pada April 2027.

Majlis Pecah Tanah bagi Projek Pembangunan Agensi Pembangunan Rajang Hulu (URDA) di bawah RECODA untuk Pakej 2: Projek Infrastruktur Jalan di Pelagus/Baleh ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia merangkap Pengerusi URDA.

Simbolik perasmiannya menandakan bermulanya pembinaan jalan baharu sepanjang kira-kira 7 kilometer serta dua jambatan merentasi Sungai Senuang dan Sungai Aya.

Pembangunan ini bertujuan untuk meningkatkan rangkaian hubungan di kawasan tersebut, selain akses yang lebih baik untuk komuniti setempat serta merangsang pertumbuhan sosio-ekonomi.

Dato Sri Alex menekankan betapa pentingnya projek ini dalam meningkatkan taraf hidup penduduk di kawasan Pelagus dan Baleh serta mengulangi komitmen kerajaan terhadap pembangunan yang inklusif.

Turut hadir Yang Berhormat Wilson Nyabong Ijang, ADUN N.61 Pelagus.