
Empowering B40 Entrepreneurs: PUSAKA Food Industry and RECODA Collaborate on IPR-INTAN Programme
PUSAKA Food Industry held an engagement session at IKS Tanjung Manis joined by RECODA’s Socio-Economic Development team and the IPR-INTAN Programme participants to explore opportunities for B40 entrepreneurs in the food industry.
The session highlighted the goals of the IPR-INTAN Programme, explaining how it can improve participants’ livelihoods by offering support such as training, financial assistance and market access. These resources are designed to strengthen their entrepreneurial skills and ensuring long-term success.
The programme’s goal is to equip participants with the knowledge and resources needed to achieve financial independence. By fostering entrepreneurship in the food industry, IPR-INTAN hopes to build a sustainable and thriving sector that will contribute to long-term economic stability for B40 communities.
—–
PUSAKA Food Industry telah mengadakan sesi libat urus di IKS Tanjung Manis bersama pasukan Pembangunan Sosio-Ekonomi RECODA dan peserta Program IPR-INTAN untuk meneroka peluang keusahawanan dalam industri makanan, khususnya bagi golongan B40.
Sesi ini memberi penekanan kepada matlamat utama Program IPR-INTAN, iaitu memperkasakan peserta melalui latihan, sokongan kewangan, serta akses pasaran yang lebih luas. Inisiatif ini dirangka bagi membantu usahawan meningkatkan kemahiran, memperkukuh daya saing, dan memastikan kejayaan perniagaan mereka dalam jangka panjang.
Melalui program ini, peserta dibekalkan dengan pengetahuan serta sokongan yang diperlukan untuk mencapai kebebasan kewangan. Dengan menggalakkan keusahawanan dalam industri makanan, IPR-INTAN berhasrat untuk membangunkan ekosistem perniagaan yang mampan, sekaligus menyumbang kepada kestabilan ekonomi komuniti B40.