RECODA and Sakura Ferroalloys Sdn Bhd came together for the handover ceremony of the COMMUNITY@SCORE Corporate Social Responsibility (CSR) initiative in Bario, under the Highland Development Agency (HDA).

We were honoured to have YB Datuk Gerawat Gala, Deputy Minister in the Premier’s Department (Labour, Immigration & Project Monitoring) and ADUN N.78 Mulu, with us to witness the handover of business equipment to two local entrepreneurs from Kampung Padang Pasir and Kampung Pa Ukat.

“These contributions may seem small, but they go a long way in boosting rural entrepreneurship and strengthening the local economy.” said Gerawat in his officiating speech. With ongoing infrastructure projects and meaningful CSR support, RECODA is proud to play a part in unlocking opportunities and improving lives in remote areas.

We extend our gratitude to Sakura Ferroalloys, as one of our investors at the Samalaju Industrial Park (SIP) in Bintulu, for their invaluable contributions and ongoing support in uplifting our communities together with our Private Investment Unit led by its Manager, Mdm Lulu Law. Together at the ceremony were Dato Georgina Apphia Ngau, Director of the Unit For Other Religions (UNIFOR); Pemanca Caleena Lalang Sakai; Penghulu Ken Paran Matu; Mr Juan Ubit, Regional Director of HDA; representatives from Sukura Ferroalloys Sdn Bhd and Sub District Office Bario.

—-

Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) bersama Sakura Ferroalloys Sdn. Bhd., telah menganjurkan Majlis Penyerahan bagi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) COMMUNITY@SCORE yang berlangsung di Bario, di bawah Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA).

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen & Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.78 Mulu, yang turut menyaksikan penyerahan peralatan perniagaan kepada dua usahawan tempatan dari Kampung Padang Pasir dan Kampung Pa Ukat.

“Walaupun sumbangan ini kelihatan kecil, namun impaknya besar dalam merancakkan keusahawanan luar bandar serta memperkukuh ekonomi setempat,” kata beliau dalam ucapan perasmian.

Dengan pelaksanaan projek infrastruktur yang berterusan dan sokongan CSR yang berkesan, RECODA terus memainkan peranan dalam membuka peluang serta mempertingkatkan taraf hidup masyarakat di kawasan pedalaman.

RECODA merakamkan penghargaan kepada Sakura Ferroalloys Sdn. Bhd., sebagai salah satu pelabur di Taman Perindustrian Samalaju (SIP), atas sumbangan serta sokongan berterusan dalam memajukan komuniti bersama Unit Pelaburan Swasta kami, diketuai oleh Puan Lulu Law, Pengurus Unit Pelaburan Swasta.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Dato Georgina Apphia Ngau, Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR); Pemanca Caleena Lalang Sakai; Penghulu Ken Paran Matu; Encik Juan Ubit, Pengarah Wilayah HDA; serta wakil-wakil dari Sakura Ferroalloys Sdn. Bhd. dan Pejabat Daerah Kecil Bario.