RECODA was pleased to host OCI TerraSus Sdn. Bhd. for a courtesy visit to our Chief Executive Officer, YBhg. Datuk Haji Ismawi Bin Haji Ismuni, today. The delegation was led by Dato’ Dr. Anas Alam Faizli, Chief Executive Officer of OCI TerraSus Sdn. Bhd.

The visit re-introduced OCI TerraSus Sdn. Bhd., formerly known as OCI M Sdn. Bhd., following its strategic rebranding. This transformation aligns with their vision of advancing global energy transition, sustainable technology, and long-term environmental and social impact.

As one of our key investors in Samalaju Industrial Park, OCI TerraSus Sdn. Bhd. is committed to becoming a sustainable, dynamic, and innovative global leader. Their RM799.8 million expansion in Samalaju contributed to Sarawak’s RM16.1 billion in approved investments for 2024, ranking the state 6th highest in Malaysia. This achievement was announced at the Malaysian Investment Development Authority (MIDA)’s Annual Media Conference 2025. We look forward to their continued contributions in shaping a greener and more progressive future.

—-

Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, YBhg. Datuk Haji Ismawi Bin Haji Ismuni menerima kunjungan daripada OCI TerraSus Sdn. Bhd. hari ini. Delegasi ini diketuai oleh Dato’ Dr. Anas Alam Faizli, Ketua Pegawai Eksekutif OCI TerraSus Sdn. Bhd.

Beliau memperkenalkan OCI TerraSus Sdn. Bhd., yang sebelum ini dikenali sebagai OCI M Sdn. Bhd., selepas penjenamaan semula strategik. Transformasi ini selari dengan visi syarikat pelabur itu dalam memacu peralihan tenaga global, pembangunan teknologi mampan, serta memberi impak jangka panjang kepada alam sekitar dan masyarakat.

Sebagai salah satu pelabur utama di Taman Perindustrian Samalaju, OCI TerraSus Sdn. Bhd. komited untuk menjadi peneraju global yang lestari, dinamik, dan inovatif. Pengembangan OCI TerraSus bernilai RM799.8 juta di Samalaju telah menyumbang kepada jumlah pelaburan diluluskan Sarawak sebanyak RM16.1 bilion bagi tahun 2024, menjadikan negeri ini sebagai pelabur keenam tertinggi di Malaysia. Pencapaian ini diumumkan dalam Persidangan Media Tahunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) 2025. Kami yakin usaha berterusan OCI TerraSus akan membentuk masa depan yang lebih hijau dan progresif.