
Boosting Livelihoods: RECODA Supports Lawas Fishermen Through IPR-BMT Initiative
RECODA’s Socio-Economic Development Unit successfully held a handover ceremony for Inisiatif Pendapatan Rakyat – Basmi Miskin Tegar (IPR-BMT) Phase 1 in Lawas today. Through the Northern Region Development Agency (NRDA) under RECODA, local fishermen received fishing equipment, including boats and engines, equipping them with essential tools to generate income and improve their livelihoods.
This initiative reflects RECODA’s ongoing commitment to economic empowerment and sustainable development, ensuring that rural and coastal communities like Lawas have the means to become self-reliant. By equipping them with essential resources, IPR-BMT is helping to build a stronger, more resilient local economy and a brighter future for all.
We were honoured to be joined by Datu Haji Ubaidillah bin Abdul Latip, Regional Director of NRDA; Marie Rozita Kulai, Deputy Limbang Division Resident and Basran bin Sakmad, Manager of PNK Lawas.
—-
Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi RECODA hari ini telah menganjurkan Majlis Penyerahan Peralatan bagi Inisiatif Pendapatan Rakyat – Basmi Miskin Tegar (IPR-BMT) Fasa 1 di Lawas.
Melalui Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) di bawah RECODA, para nelayan tempatan yang menyertai inisiatif ini mendapat manfaat daripada set lengkap peralatan menangkap ikan, termasuk bot dan enjin.
Inisiatif ini bertujuan menyokong usaha mereka dalam menjana pendapatan serta meningkatkan taraf hidup.
Ia komitmen berterusan RECODA dalam memperkasa ekonomi, sekaligus menyokong pembangunan mampan, agar komuniti luar bandar dan pesisir seperti di Lawas, dapat meningkatkan pendapatan.
Melalui sokongan berterusan, IPR-BMT terus menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi tempatan yang lebih kukuh, kompetitif, dan lestari.
Majlis ini turut dihadiri oleh Datu Haji Ubaidillah bin Abdul Latip, Pengarah Wilayah NRDA; Marie Rozita Kulai, Timbalan Residen Bahagian Limbang dan Basran bin Sakmad, Pengurus PNK Lawas.