Pertandingan Mencipta Logo Dan Moto Northern Region Development Agency (NRDA)
Anjuran Regional Corridor Development Authority (RECODA)
LATAR BELAKANG
Northern Region Development Agency (NRDA) telah ditubuhkan pada 15 Mac 2018 sebagai agensi di bawah Regional Corridor Development Authority (RECODA) yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan.
Penubuhan NRDA bertujuan mempercepatkan pembangunan di kawasan utara Sarawak yang merangkumi kawasan Limbang dan Lawas dengan keluasan seluas 7,790 km2.
Kawasan NRDA merupakan kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan dari segi penjanaan kuasa hidroelektrik, petrokimia, lojistik, penternakan dan pelancongan.
Pembangunan di kawasan NRDA bertujuan untuk memperbaiki taraf ekonomi rakyat, meningkatkan pendapatan, membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan mengubah kawasan NRDA menjadi kawasan ekonomi yang membangun di negeri Sarawak.
OBJEKTIF
- Objektif pertandingan adalah untuk menghasilkan satu logo dan moto yang melambangkan identiti NRDA.
- Logo dan moto ini akan menjadi lambang kepada penubuhan agensi yang membawa pembangunan serta kemajuan di NRDA.
- Pertandingan ini juga mengukur kreativiti rakyat dalam menghasilkan logo dan moto yang akan memberikan rasa kepunyaan kepada mereka.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
- Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua individu yang tinggal di kawasan NRDA sahaja. Kawasan NRDA merangkumi Limbang dan Lawas.
- Setiap peserta hanya boleh menghantar SATU (1) logo dan SATU (1) moto sahaja bagi setiap penyertaan.
- Semua hasil logo dan moto yang dihantar adalah secara automatik menjadi hak milik RECODA.
- Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju dan terikat dengan terma dan syarat serta keputusan daripada RECODA.
SPESIFIKASI REKABENTUK LOGO
- Logo mestilah baru dan asli. Logo yang mengandungi unsur-unsur dan elemen-elemen yang dianggap sensitif akan terbatal dengan sendirinya.
- RECODA tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada tuntutan hak cipta darpada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya hasil karya adalah ciplak.
- Rekabentuk hendaklah menggunakan kertas A4 (ukuran 210 mm x 297 mm) berwarna putih dan juga disertakan dengan softcopy menggunakan format Adobe Illustrator (AI) dan JPEG.
- Rekabentuk dan warna logo yang dipilih haruslah diikuti dengan penerangan dan huraian yang jelas.
- Logo haruslah mengandungi tulisan “NORTHERN REGION DEVELOPMENT AGENCY” dan “NRDA”.
- Rekabentuk logo hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.
- Logo mestilah berresolusi tinggi (high resolution) dalam dua format iaitu berlatarbelakangkan putih dan lut sinar (transparency).
SPESIFIKASI MOTO
- Setiap moto hendaklah mengandungi unsur-unsur berkenaan NRDA.
- Moto yang dipilih hendaklah menekankan pembangunan di kawasan NRDA.
- Moto hendaklah digabungkan bersama logo mengikut kreativiti masing-masing.
PANEL PENILAI
- Penilaian dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dilantik.
- Penyertaan dan keputusan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD Panel Penilai.
- Panel Penilai berhak membatalkan penyertaan yang gagal memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan.
- Pihak Penilai berhak mengubahsuai dan meminda rekabentuk logo dan moto yang dipilih.
- Logo dan moto yang terpilih akan digunapakai dan menjadi hakmilik mutlak RECODA.
HADIAH
Johan : Wang Tunai RM 5,000 + Sijil Penyertaan
Saguhati x 5 orang : Wang Tunai RM 200 + Sijil Penyertaan
BORANG PENYERTAAN
- Borang penyertaan boleh didapati dari laman sesawang recoda.com.my mulai 11 November 2019 (Isnin). (Klik sini untuk muatturun borang penyertaan)
- Borang penyertaan hendaklah disertakan dengan SATU (1) salinan kad pengenalan untuk pengesahan alamat kediaman peserta.
- Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk “soft copy” melalui emel kepada nurul172@recoda.com.my dan helenabek@recoda.com.my dengan tajuk “PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN MOTO NORTHERN REGION DEVELOPMENT AGENCY (NRDA)”.
- Tarikh tutup penghantaran penyertaan adalah pada 30 Disember 2019 (Isnin).
- Segala pertanyaan boleh diajukan secara terus kepada pegawai kami iaitu:
Cik Nurul Atiqah Busman 082-551199 ext. 1197
Puan Helen Abdillah 082-551199 ext. 1189