
NRDA Welcomes YB Datuk Dr Abdul Rahman for Official Visit and Project Site Tour
We had the honour of welcoming YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Junaidi, Deputy Minister in the Sarawak Premier’s Department, to NRDA office today as part of his familiarisation with his new portfolio.
During the visit, he was briefed by our Regional Director, YBhg. Datu Haji Ubaidillah Haji Abdul Latip, on the progress of key projects, socio-economic initiatives, and current implementation challenges in the northern region. The day ended with a visit to the Bandar Lawas Bridge project site.
Also present were Puan Hajah Safiah Binti Daud from SIMU and Puan Florida Gala ak James Mijien from EPU Sarawak.
We’re grateful for the fruitful discussions and look forward to moving forward under YB Datuk’s leadership.
—–
Kami berbesar hati menerima kunjungan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek bagi Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU, dan Hal Ehwal Islam), YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Junaidi ke pejabat Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) hari ini.
Ia merupakan sebahagian daripada sesi libat urus beliau bersama agensi pembangunan wilayah di negeri ini sejak menggalas tugas dalam portfolio baharu itu.
YB Datuk Dr Hj Abdul Rahman diberi taklimat menyeluruh mengenai NRDA oleh Pengarah Wilayah NRDA YBhg. Datu Haji Ubaidillah Haji Abdul Latip, di mana taklimat turut menyentuh mengenai projek-projek yang telah siap, sedang berjalan dan yang akan datang, serta inisiatif pembangunan sosio-rkonomi. Sesi hari ini turut merangkumi perbincangan mengenai cabaran semasa yang dihadapi dalam pelaksanaan projek di wilayah utara. Kunjungan beliau diakhiri dengan lawatan ke tapak projek Bandar Lawas Bridge.
Turut hadir ialah Puan Hajah Safiah Binti Daud, Pengarah, Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU), Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak serta Puan Florida Gala Ak James Mijien, Wakil Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sarawak (EPU – Economic Planning Unit Sarawak).
Perbincangan yang amat bermakna — kami teruja untuk melangkah lebih jauh di bawah kepimpinan YB Datuk.