Recently, another completed infrastructure project was officially handed over to the asset owner during a meeting chaired by the YBhg. Datu Ubaidillah Bin Abdul Latip, Regional Director, Northern Region Development Agency (NRDA), bringing tangible benefits to the community in northern Sarawak. Implemented by RECODA through the NRDA, these initiatives are part of a broader effort to uplift rural connectivity and living standards.

Among the projects is the construction of a new JKR R1 Standard Road (Phase 1) with total length of 3.2 km, culverts and pavement works, significantly improving mobility for residents and unlocking potential for future development in the region.

Additionally, repair and upgrading works have been carried out on the most dilapidated rural schools in N.80 Batu Danau. These upgrades are set to create a safer and more conducive learning environment for students and teachers alike, while also enhancing the overall quality of education in the area.

These developments are a testament to RECODA and NRDA’s continued commitment to building a stronger, more connected, and inclusive Sarawak.

—–

Baru-baru ini, satu lagi projek infrastruktur yang telah siap dibina telah diserahkan secara rasmi kepada pemilik aset dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Datu Ubaidillah Bin Abdul Latip, Pengarah Wilayah, Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), sekali gus membawa manfaat kepada komuniti di utara Sarawak. Projek-projek ini dilaksanakan oleh RECODA melalui NRDA sebagai sebahagian daripada usaha menyeluruh untuk meningkatkan keterhubungan luar bandar dan taraf hidup penduduk.

Antara projek yang dilaksanakan termasuk pembinaan Jalan Standard JKR R1 yang baharu (Fasa 1) sepanjang 3.2 km, termasuk pembinaan culvert dan kerja-kerja penurapan, yang telah banyak memperbaiki mobiliti penduduk serta membuka potensi pembangunan masa hadapan di kawasan tersebut.

Selain itu, kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf telah dilaksanakan ke atas sekolah-sekolah luar bandar yang paling daif di N.80 Batu Danau. Penambahbaikan ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif bagi para pelajar dan guru, di samping meningkatkan mutu pendidikan secara keseluruhan di kawasan berkenaan.

Pembangunan-pembangunan ini membuktikan komitmen berterusan RECODA dan NRDA dalam membina Sarawak yang lebih kukuh dengan keterhubungan yang lebih luas dan lebih inklusif.