
Boosting Agro-Economy: RECODA Upgrades Livestock Facilities in Northern Sarawak
Today, RECODA officially handed over two completed infrastructure projects that will benefit the rural livestock community in northern Sarawak: the upgraded Meragang Buffalo Station and the enhanced Samba Deer Station in Long Sebangang.
With a feedlot that can now hold up to 1,000 buffaloes, a cheese processing plant, and improved facilities, the new-look Meragang Station is ready to elevate the region’s capacity for dairy production and buffalo farming — setting the stage for it to become a key agro-industry hub in the region.
Meanwhile, at Long Sebangang, the upgraded Samba Deer Station now features a new observation deck, fencing, signage, and better access — supporting sustainable deer breeding and expanded resource management in the area.
Implemented by RECODA through the Northern Region Development Agency (NRDA), these strategic upgrades are expected to improve operational efficiency, create economic opportunities, enhance food production capabilities, and support long-term regional development.
Present at the event were Encik Robine Asut, Chief of Lawas District Veterinary Services, and YBhg. Datu Ubaidillah bin Abdul Latip, Regional Director of the Northern Region Development Agency.
—–
Hari ini, RECODA telah menyerahkan dua projek infrastruktur yang telah siap kepada pemilik aset — Projek Naik Taraf Stesen Kerbau Meragang dan Stesen Rusa Samba di Long Sebangang — yang bakal memberi manfaat besar kepada komuniti penternak luar bandar di utara Sarawak.
Stesen Kerbau Meragang yang telah dinaik taraf kini mempunyai kawasan fidlot yang mampu menampung 1,000 ekor kerbau, loji pemprosesan keju, dan kemudahan sokongan lain yang membantu meningkatkan keupayaan pengeluaran tenusu dan penternakan kerbau di rantau ini. Projek ini sekaligus mengukuhkan lagi peranan Merapok sebagai hab agroindustri berasaskan kerbau dan tenusu di rantau ini.
Di Long Sebangang pula, Stesen Rusa Samba kini lebih lengkap dengan platform pemerhatian baharu, pagar, papan tanda, dan laluan yang dinaik taraf — satu langkah penting ke arah pembiakan rusa secara lestari serta pengurusan sumber yang lebih baik.
Projek-projek ini telah dilaksanakan di bawah RECODA melalui Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA). Peningkatan strategik ini dijangka dapat meningkatkan kecekapan operasi, membuka peluang ekonomi, memperkukuh keupayaan pengeluaran makanan, serta menyokong pembangunan wilayah jangka panjang.
Majlis turut dihadiri oleh Encik Robine Asut, Ketua Perkhidmatan Veterinar Daerah Lawas, dan YBhg. Datu Ubaidillah bin Abdul Latip, Pengarah Wilayah NRDA.