
RECODA and Sheraton Kuching Hotel Bring Raya Joy to PERYATIM
In the spirit of Syawal and the season of giving, RECODA partnered with Sheraton Kuching Hotel in a meaningful CSR initiative. On 14 April 2025, essential household necessities were delivered to Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM), led by Sheraton Kuching’s General Manager, Ms. Charlene Chan, together with the President of Kelab Sukan Rekreasi RECODA (KSRR), Mdm. Lulu Law, and supported by both teams.
The visit also brought festive cheer as duit raya was distributed to the children of PERYATIM by KSRR, spreading joy and embodying the true spirit of giving during Aidilfitri.
This initiative reflects our shared commitment to uplifting and supporting underprivileged communities, especially during this festive season. Our heartfelt thanks to Sheraton Kuching Hotel for their generous contribution!
——
Dalam semangat Syawal yang mulia, RECODA telah bekerjasama dengan Sheraton Kuching Hotel dalam menjayakan sebuah inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bermakna. Pada 14 April 2025, barangan keperluan asas telah disumbangkan kepada Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM), disampaikan oleh Pengurus Besar Sheraton Kuching, Puan Charlene Chan, bersama Presiden Kelab Sukan Rekreasi RECODA (KSRR), Puan Lulu Law, dengan sokongan penuh daripada kedua-dua pasukan.
Kunjungan ini turut diserikan dengan penyampaian duit raya oleh pihak KSRR kepada anak-anak PERYATIM, menyemarakkan lagi suasana Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kasih sayang.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam menyantuni golongan memerlukan, khususnya dalam suasana penuh keberkatan sempena Aidilfitri. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Sheraton Kuching Hotel atas sumbangan ikhlas yang sangat dihargai ini.