RECODA’s Socio-Economic Development Unit, together with representatives from the Department of Agriculture Sarawak, Kapit Division, conducted a follow-up visit to Sungai Asap Sub-District to review and monitor socio-economic projects under the Upper Rajang Development Agency (URDA). The visit provided an opportunity for first-hand experience and engagement with COMMUNITY@SCORE participants, allowing the team to gather valuable insights on the programme’s impact and areas for improvement to enhance the livelihoods of the Rakyat.

During the visit, discussions with participants involved in inland fisheries shed light on their experiences, challenges, and feedback. This direct engagement helped assess the programme’s progress while identifying ways to strengthen its effectiveness.

RECODA remains committed to empower local communities by fostering lasting economic growth and improving livelihoods for the people of Kapit and beyond. Through continuous engagement, strategic support, and infrastructure development, the agency aims to create sustainable opportunities that uplift the socio-economic well-being of the B40 group and drive long-term progress in the region.

—-

Unit Pembangunan Sosioekonomi RECODA, bersama wakil dari Jabatan Pertanian Sarawak, Bahagian Kapit, telah mengadakan lawatan susulan ke Daerah Kecil Sungai Asap untuk meninjau dan memantau projek-projek sosioekonomi di bawah Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA). Lawatan ini memberi peluang kepada kami untuk merasai sendiri pengalaman bersama peserta COMMUNITY@SCORE. Interaksi bersama peserta juga membolehkan kami mendapatkan maklumat mengenai impak program serta aspek yang boleh diperbaiki.

Kami juga berpeluang mendengar perkongsian pengalaman dan cabaran peserta dalam perikanan darat. Maklumat ini, kami kumpul untuk menilai kemajuan program serta langkah-langkah penambahbaikan.

Apa yang pasti, RECODA terus komited dalam memperkasakan komuniti setempat dengan memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan serta meningkatkan taraf hidup masyarakat di Kapit dan kawasan sekitarnya. Melalui penglibatan berterusan, sokongan strategik, dan pembangunan infrastruktur, RECODA bertekad untuk mewujudkan peluang lestari yang dapat meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi golongan B40 serta mendorong kemajuan jangka panjang di rantau ini.