Delegasi Jawatankuasa Kerja Program Bakti MADANI (PBM) Miri 2025: Sarawak Maju Makmur diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, YBhg. Datuk Haji Ismawi bin Haji Ismuni mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, bagi memberi taklimat mengenai Program Bakti MADANI Miri 2025, yang akan berlangsung selama tiga hari bermula dari 7 hingga 9 Februari 2025 di Stadium Bandaraya Miri.

Terima kasih Yang Berhomat Datuk Amar atas nasihat dan panduan yang diberikan kepada kami bagi memastikan program yang akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 8 Februari 2025 jam 10 pagi itu nanti, berjalan lancar.

Antara yang diketengahkan dalam PBM Miri 2025 pameran penyampaian perkhidmatan daripada agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak di mana pengunjung berpeluang bertanya terus tentang geran, bantuan dan inisiatif yang boleh dimanfaatkan.

Turut menjadi tarikan ialah Pameran Kerjaya untuk mereka yang ingin meneroka peluang pekerjaan dalam pelbagai industri serta membina kerjaya yang dapat menyumbang kepada pembangunan modal insan di negeri ini.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk melihat persembahan artis-artis popular seperti Alleycats dan juga Baby Shima serta artis tempatan seperti Ricky Andrewson, Legacy dan Ambushed dalam Konsert Rakyat pada malam 8 Februari 2025.

Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan PBM Miri 2025.

—-

The Working Committee delegates for the Program Bakti MADANI (PBM) Miri 2025: Sarawak Maju Makmur, led by CEO of RECODA, YBhg. Datuk Haji Ismawi bin Haji Ismuni, paid a courtesy visit to the Sarawak State Secretary, Yang Berhormat Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, to provide a briefing on the Program Bakti MADANI (PBM) Miri 2025. The event will be held for three days, from 7 to 9 February 2025, at the Stadium Bandaraya Miri.

Thank you, YB Datuk Amar, for the advice and guidance given to ensure the success of the programme, which will be officiated by the Premier of Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, on 8 February 2025, at 10.00 am.

Among the key highlights of PBM Miri 2025 are the services provided by both Federal and Sarawak Government agencies, offering visitors the opportunity to directly explore grants, assistance and initiatives available for their benefit.

Another attraction is the Career Fair for those looking to explore job opportunities in various industries and build careers that contribute to human capital development in the state.

Additionally, visitors will be entertained with performances by popular artists such as Alleycats and Baby Shima, as well as local artists like Ricky Andrewson, Legacy and Ambushed, during the “Konsert Rakyat” on the evening of 8 February 2025.

Join us and be part of the excitement at PBM Miri 2025!