Enhancing Well-being: MYHOeME Programme for Healthy Aging Launched in Kapit
In collaboration with the Ministry of Health (MOH), RECODA launched the Sarawak Rehab Hub: MYHOeME for Healthy Aging programme in Kapit on 25th November. Initially planned as a five-day event, the programme was shortened to two days due to flooding, concluding with a focused discussion at the Kapit District Council. This session provided valuable feedback to guide next year’s initiatives.
Mr. Ambrose Abong Anak Bugek, Political Secretary to the Minister of Works, emphasised the programme’s importance, stating, “This initiative highlights the ongoing collaboration between the Federal and Sarawak Governments in empowering the elderly and enhancing community well-being.”
Aligned with SDG 3: Good Health and Well-being, MYHOeME supports RECODA’s mission to promote a healthier, more inclusive Sarawak.
We thank all who were involved and look forward to expanding the programme to enhance the quality of life for Sarawak’s aging population.
—–
RECODA dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini telah melancarkan program Sarawak Rehab Hub: MYHOeME untuk Penuaan Sihat di Kapit. Inisiatif ini bertujuan untuk mempromosikan penuaan sihat melalui pendekatan berasaskan komuniti, bermula pada 25 November 2024. Sarawak Rehab Hub: MYHOeME untuk Penuaan Sihat di kawasan itu sepatutnya diadakan selama 5 hari, namun terpaksa dipendekkan berikutan banjir yang tidak dijangka. Meskipun berdepan dengan cabaran itu, program ini mendapat sambutan menggalakkan sepanjang dua hari diadakan dengan pengisian yang mengintegrasikan aktiviti fizikal, kognitif dan sosial dalam aktiviti penjagaan kesihatan serta pencegahan untuk golongan warga emas.
Sesi program ini kemudian diteruskan di Majlis Daerah Kapit di mana perbincangan bersama peserta diadakan untuk mendapatkan maklumbalas serta hala tuju program sebagai persiapan untuk tahun yang akan datang. Ini termasuk perancangan untuk aktiviti yang lebih baik dan pendekatan yang lebih sesuai untuk memenuhi keperluan dan gaya hidup komuniti di Kapit.
Encik Ambrose Abong Anak Bugek, Setiausaha Politik kepada Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato Sri Alexander Nanta Linggi menyatakan bahawa inisiatif ini membuktikan komitmen dan kerjasama berterusan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak dalam memperkasakan warga emas dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.
Selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan, program MYHOeME memperkukuhkan usaha berterusan RECODA untuk mewujudkan Sarawak yang lebih sihat dan inklusif.
Terima kasih kepada semua yang terlibat terhadap kejayaan program ini. Semoga kita terus bersana-sama membina kejayaan, dan meningkatkan kualiti hidup warga emas Sarawak pada tahun-tahun yang akan datang.