Empowering B40 Entrepreneurs: RECODA Launches IPR INSAN Vending Machines
Good luck to Siti Hajar Binti Adam, Dahlia Binti Su’ut, and Shafiq Erwan on your exciting new entrepreneurial journey!
They are the three selected participants of the Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) – Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN), who now offer their food products through vending machines located at three different spots in Kuching: the ground floor of LCDA Tower, Block C, UiTM Kota Samarahan, and Sarawak General Hospital.
Today, our CEO, Datuk Haji Ismawi bin Haji Ismuni, officially launched these vending machines at LCDA Tower, where RECODA is headquartered.
This initiative directly tackles the financial challenges faced by B40 entrepreneurs, providing a platform for them to build sustainable businesses.
What’s more, these vending machines cater to the fast-paced lifestyle of busy individuals, especially those working in the building, by offering freshly prepared meals three times a day.
With prices capped at RM7, the IPR INSAN vending machines stand out by offering both convenience and affordability, setting them apart from similar machines.
—-
Selamat maju jaya kepada Siti Hajar Binti Adam, Dahlia Binti Su’ut, dan Shafiq Erwan dalam menerokai perjalanan keusahawanan baharu anda!
Mereka adalah tiga peserta terpilih bagi Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) – Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN), yang kini menjual produk makanan mereka melalui mesin layan diri di tiga lokasi berbeza di Kuching: aras bawah Menara LCDA, Blok C, UiTM Kota Samarahan, dan Hospital Umum Sarawak.
Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif kami, Datuk Haji Ismawi bin Haji Ismuni, telah melancarkan mesin layan diri tersebut di Menara LCDA, yang menempatkan ibu pejabat RECODA.
Program ini membantu menangani cabaran kewangan yang dihadapi usahawan B40, dengan menyediakan platform untuk mereka membina perniagaan yang mampan.
Mesin layan diri ini amat sesuai bagi memenuhi gaya hidup individu yang sibuk, terutamanya mereka yang bekerja di bangunan ini, dengan menawarkan makanan yang baru disediakan tiga kali sehari.
Dengan harga tidak melebihi RM7, mesin layan diri IPR INSAN ini menawarkan bukan sahaja kemudahan, malah juga kemampuan, yang menjadikannya lebih istimewa berbanding mesin lain.
With prices capped at RM7, the IPR INSAN vending machines stand out by offering both convenience and affordability, setting them apart from similar machines.