RECODA Socio-Economic Development Unit held the Taklimat Pelaksanaan Program IPR-INTAN (Inisiatif Usahawan Tani) via Request For Proposal (RFP) today. The briefing session aimed to provide comprehensive information to all entities regarding the RFP for IPR-INTAN implementation and to equip them with the essential knowledge to actively engage and contribute effectively.

IPR-INTAN is an initiative designed to improve the standard of living, eliminate poverty, and create job and entrepreneurship opportunities in the agricultural sector, while simultaneously reducing dependence on foreign workers.

In attendance were Mr. Muhammad Aziyan bin Hussim, Chief Assistant Director of the Agriculture Division, Ministry of Economy; Mdm. Alya Farah Syahyra Binti Rosli, Assistant Director from the Economic Planning Unit Sarawak (EPU Sarawak); Mr.  Baijury Dzulhizam Spawi, Administrative Officer from the Ministry of Food Industry, Commodities, and Regional Development Sarawak (M-FICORD); Mr. Mohammad Izzidin bin Hj. Basri, Land Officer from the Sarawak Land and Survey Department; Mr. Bobby Dallen Anak Indoi, Economic Affairs Officer from the Fisheries Development Authority of Malaysia (LKIM) Sarawak; Mr. Bobby Anak Kinyang, Assistant Community Development Officer from the Department of Agriculture Sarawak; and representatives from various Companies, Cooperatives, Organisations and other stakeholders.

———-

Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi RECODA telah mengadakan Taklimat Pelaksanaan Program IPR-INTAN (Inisiatif Usahawan Tani) secara Request For Proposal (RFP) pada hari ini. Sesi taklimat ini bertujuan memberikan maklumat menyeluruh kepada semua Syarikat/Koperasi/Entiti mengenai pelaksanaan RFP bagi IPR-INTAN, serta melengkapkan mereka dengan pengetahuan yang diperlukan untuk terlibat secara aktif dan menyumbang dengan berkesan.

IPR-INTAN adalah satu inisiatif yang bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat, membasmi kemiskinan, serta menyediakan peluang pekerjaan dan keusahawanan dalam sektor pertanian, di samping mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Antara yang hadir adalah Encik Muhammad Aziyan bin Hussim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pertanian, Kementerian Ekonomi; Puan Alya Farah Syahyra Binti Rosli, Penolong Pengarah dari Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak; Encik Baijury Dzulhizam Spawi, Pegawai Tadbir dari Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD); Encik Mohammad Izzidin bin Hj. Basri, Pegawai Tanah dari Jabatan Tanah & Survei Sarawak; Encik Bobby Dallen Anak Indoi, Pegawai Ehwal Ekonomi dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sarawak; Encik Bobby Anak Kinyang, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat dari Jabatan Pertanian Sarawak; serta wakil-wakil Syarikat/Koperasi/Entiti dan pihak-pihak berkepentingan lain.