Seluruh warga RECODA mengucapkan takziah kepada keluarga CEO, YBhg Datuk Haji Ismawi bin Haji Ismuni atas pemergian bonda tercinta, Bonda Hajah Timah binti Zolkipli. Jenazah Allahyarhamah telahpun selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang pagi tadi.

Kami ingin menyampaikan ucapan terima kasih daripada seluruh keluarga Datuk Haji Ismawi kepada semua yang telah singgah memberikan sokongan moral dan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah. Kehadiran dan doa kalian amat dihargai dalam saat-saat yang penuh kesedihan ini.