Our CEO, Datuk Haji Ismawi Haji Ismuni recently received a courtesy visit from SACOFA Sdn Bhd, represented by Chief Administrative Officer Mr. Chelvakumar A/L G. Krishnan and his team.

The visit aimed to foster a deeper understanding between RECODA and SACOFA on our respective operations and its initiatives in driving the development in the Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) region. This engagement provided an opportunity to exchange insights and strengthen ties between the two organisations.

During the meeting, SACOFA expressed keen interest in exploring potential collaborations, particularly in the areas of fibre infrastructure and tower facilities, to further support Sarawak’s digital infrastructure.

This visit marks a significant milestone in strengthening the partnership between SACOFA and RECODA.

—–

Ketua Pegawai Eksekutif kami, Datuk Haji Ismawi Haji Ismuni, menerima kunjungan hormat daripada SACOFA Sdn Bhd yang diwakili oleh Ketua Pegawai Pentadbiran, Encik Chelvakumar A/L G. Krishnan bersama pasukannya.

Kunjungan ini bertujuan meningkatkan pemahaman mengenai operasi RECODA serta inisiatif yang dijalankan dalam memacu pembangunan projek di wilayah Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE). Pertemuan ini memberikan peluang kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan mengukuhkan hubungan.

SACOFA menyatakan minat mendalam untuk meneroka potensi kerjasama, khususnya dalam bidang infrastruktur fiber dan kemudahan menara, bagi menyokong pembangunan infrastruktur digital Sarawak dengan lebih baik.

Kunjungan ini secara tidak langsung memperkukuh kerjasama antara SACOFA dan RECODA.