
YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan Leads Sarawak Delegation to Suzhou Industrial Park and Biosparc to Enhance Industrial Growth
Led by YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Deputy Premier of Sarawak and Minister for International Trade, Industry, and Investment (MINTRED), the Sarawak Government delegation, including RECODA, continued their official working visit to China with a tour to Suzhou Industrial Park (SIP) and Biosparc.
Since its establishment in 1994 as a partnership between the Chinese and Singaporean governments, SIP has emerged as one of China’s premier regions for innovation and business. Covering 278 square kilometres, it is a testament to effective industrial growth strategies, including robust policies, financial aid, talent incentives, and cutting-edge innovation resources.
As part of the visit, the delegation toured Biosparc, an international innovation platform jointly supported by Temasek and SIP.
Biosparc serves as a crucial link between China’s biomedical sector and the global market, fostering collaboration and facilitating business expansion into new regions.
This visit provided the delegation with the opportunity to observe and learn from the success models of SIP and Biosparc, offering inspiration for enhancing industrial park development strategies in Sarawak.
It also reflects Sarawak’s commitment to strengthening international collaboration, adopting global best practices in industry and innovation, and charting a path toward sustainable economic development.
Present in the delegation were RECODA’s CEO, Datuk Haji Ismawi Haji Ismuni, and Khairina Dawek, Head of Investment & Socio-Economic Development.
—
Diketuai oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), delegasi Kerajaan Sarawak, termasuk RECODA, meneruskan lawatan kerja rasmi ke China dengan melawat Suzhou Industrial Park (SIP) dan Biosparc.
Sejak penubuhannya pada tahun 1994 sebagai kerjasama antara kerajaan China dan Singapura, SIP telah muncul sebagai salah satu salah satu hab utama inovasi dan perniagaan di China. Merangkumi kawasan seluas 278 kilometer persegi, ia menjadi bukti kejayaan strategi pembangunan industri yang berkesan, termasuk dasar yang kukuh, bantuan kewangan, insentif bakat, dan sumber inovasi terkini.
Sebagai sebahagian daripada lawatan, delegasi dibawa melawat Biosparc, sebuah platform inovasi antarabangsa yang disokong bersama oleh Temasek dan SIP. Biosparc berfungsi sebagai penghubung penting antara sektor bioperubatan China dengan pasaran global, memupuk kerjasama dan memudahkan pengembangan perniagaan ke kawasan baharu.
Lawatan ini memberi peluang kepada delegasi untuk mempelajari model kejayaan SIP dan Biosparc, yang boleh dijadikan inspirasi bagi memperkukuh strategi pembangunan taman perindustrian di Sarawak.
Ia juga mencerminkan komitmen Sarawak untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa, mengadaptasi amalan terbaik global dalam industri dan inovasi, serta melakar laluan ke arah pembangunan ekonomi yang mampan.
Turut hadir dalam delegasi ini ialah CEO RECODA, Datuk Haji Ismawi Haji Ismuni, dan Khairina Dawek, Ketua Pelaburan & Pembangunan Sosioekonomi.