Completion of the Nanga Geremai Road Project: Another New Milestone in Kanowit’s Infrastructure Development
The 10.1km road to Nanga Geremai, Kanowit, has been completed. The project was implemented by the Upper Rajang Development Agency (URDA) under RECODA. The road meets R1 standards and includes five spur roads and two steel bridges across Sg. Melipis and Sg. Kerobong.
A Certificate of Practical Completion (CPC) meeting and site inspection was held on 11 November 2024, led by Mr. Alister Saba, Senior Executive, Construction Management (URDA). The meeting included a short Anti-Bribery Management System (ABMS) briefing by RECODA and detailed briefing of the project details by the consultant.
The project is now set to receive its CPC. The final handover of the project to JKR Sibu will take place once the contractor has rectified minor defects identified by RECODA and JKR Sibu, following the end of the Defect Liability Period (DLP) and completion of the necessary documentation.
Attendees included representatives from the JKR Sibu, Sibu Resident’s Office, Kanowit District Office, Kanowit District Council, consultants and contractor.
—-
Perkembangan terbaru dari wilayah URDA!
Jalan sepanjang 10.1km ke Nanga Geremai, Kanowit, telah siap dibina. Projek yang dilaksanakan oleh Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) di bawah RECODA ini telah memenuhi piawaian R1 dan merangkumi lima jalan susur serta dua jambatan besi merentasi Sg. Melipis dan Sg. Kerobong.
Mesyuarat Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dan pemeriksaan tapak telah diadakan pada 11 November 2024, diketuai oleh Alister Saba, Eksekutif Kanan, Pengurusan Pembinaan (URDA). Mesyuarat tersebut turut merangkumi taklimat ringkas Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (ABMS) oleh RECODA serta taklimat terperinci mengenai butiran projek oleh pihak perunding.
Projek ini kini telah bersedia untuk menerima CPC. Penyerahan projek kepada JKR Sibu akan dilakukan setelah kontraktor membaiki kecacatan kecil yang dikenal pasti oleh RECODA dan JKR Sibu, selepas Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) berakhir dan penyelesaian dokumentasi yang diperlukan.
Turut hadir wakil dari Pejabat Daerah Kanowit, Majlis Daerah Kanowit, JKR Sibu, Pejabat Residen Sibu, perunding dan kontraktor.