Final day of the NRDA cross-border study visit in Brunei! Joined by representatives from UNIMAS and Universiti Brunei Darussalam, we explored the Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan (Handicraft Centre) and met with Director Haji Zuffri to discuss how they are growing their handicraft industry and supporting the arts. Our participants also tried their hand at crafts like batik, silverwork, basket and fabric weaving, woodcarving, and songkok making.
We then visited PDS Abattoir Sdn Bhd, which is involved in processing fresh and processed meat for Brunei consumers, gaining valuable insights into their operations and potential collaborations. A key step in strengthening socio-economic efforts for Northern Sarawak!
—-
Hari terakhir misi kami hari ini melibatkan lawatan sambil belajar rentas sempadan di Brunei yang turut disertai UNIMAS and Universiti Brunei Darussalam. Kami telah mengunjungi Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan dan diberi penerangan oleh Pengarahnya mengenai pendekatan yang diambil dalam mengembangkan industri kraf dan seni di sana. Kami juga berpeluang mencuba sendiri teknik pembuatan batik, pertukangan perak, anyaman bakul dan kain, ukiran kayu, serta pembuatan songkok.
Kami kemudian melawat PDS Abattoir Sdn Bhd, yang terlibat dalam pemprosesan daging segar untuk kegunaan para pengguna di Brunei. Kami juga berpeluang mempelajari tentang operasi serta menerokai peluang kerjasama yang sudah tentunya akan membuka langkah penting dalam memantapkan lagi inisiatif sosio-ekonomi RECODA di wilayah utara Sarawak!