RECODA held a constructive meeting at Sibu Resident Office with representatives from Sibu District Office, led by Mr. Aloysius Claudius Rumpu, Manager, Socio-Economic Unit. The discussion centered on the implementation of the Basmi Miskin Tegar (BMT) and Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) programs, which aim to eradicate extreme poverty in the Sibu District.

The meeting addressed critical issues, including the identification of vulnerable groups, the execution of targeted interventions, and the optimization of existing initiatives. Emphasis was placed on the importance of community engagement and empowerment, acknowledging that sustainable solutions require the active involvement of local stakeholders.

On the same day, the team visited the COMMUNITY@SCORE socioeconomic project in Song District, under the Department of Agriculture Sarawak, Kapit Division. The visit highlighted three impactful initiatives: Mrs. Ting Ai Bena’s banana chip processing project, Mrs. Manie Anak Ngelambai’s sugarcane juice processing project, and Mrs. Noziema Low Mei Fong’s frozen curry puff processing project. These projects reflect the dedication and innovation of local entrepreneurs in enhancing community livelihoods through value-added agriculture.

This initiative aspires to empower families living in extreme poverty to achieve a more secure and prosperous future. By working together, we can build a community where no one is left behind, and every individual has the opportunity to thrive.

—–

RECODA mengadakan mesyuarat yang konstruktif di Pejabat Residen Sibu pada awal hari ini bersama wakil-wakil dari Pejabat Daerah Sibu, yang diketuai oleh Encik Aloysius Claudius Rumpu, Pengurus Unit Sosio-Ekonomi. Perbincangan tertumpu kepada pelaksanaan Program Basmi Miskin Tegar (BMT) dan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), yang dirangka untuk membasmi kemiskinan tegar di Daerah Sibu.

Mesyuarat tersebut membincangkan isu-isu utama, termasuk pengenalpastian kumpulan sasar yang terdedah, pelaksanaan intervensi yang strategik, dan pengoptimuman program-program sedia ada. Penekanan turut diberikan kepada peranan penting penglibatan komuniti serta pemerkasaan mereka, dengan menyedari bahawa penyelesaian mampan memerlukan kerjasama erat semua pihak berkepentingan tempatan.

Pada hari yang sama, pasukan RECODA melaksanakan lawatan ke projek sosioekonomi COMMUNITY@SCORE di Daerah Song, di bawah seliaan Jabatan Pertanian Sarawak, Bahagian Kapit. Lawatan tersebut mengetengahkan tiga inisiatif yang memberi impak besar: projek pemprosesan kerepek pisang oleh Puan Ting Ai Bena, projek pemprosesan jus tebu oleh Puan Manie Anak Ngelambai, dan projek pemprosesan karipap sejuk beku oleh Puan Noziema Low Mei Fong. Inisiatif-inisiatif ini mencerminkan dedikasi dan inovasi usahawan tempatan dalam meningkatkan taraf hidup komuniti melalui pertanian nilai tambah.

Melalui pelaksanaan program ini, keluarga yang terkesan oleh kemiskinan tegar diberi peluang untuk membina masa depan yang lebih baik dan makmur. Bersama-sama, kita mampu membina sebuah komuniti yang inklusif, di mana setiap individu mempunyai peluang untuk berjaya tanpa ada yang tercicir.