We were honoured to welcome YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Junaidi, Deputy Minister in the Premier’s Office (Project Coordinator for Regional Development Agencies, DBKU, and Islamic Affairs), to RECODA today.

As part of his familiarisation with his new portfolio, YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman was briefed on RECODA’s core functions and the roles of our three regional development agencies, the Upper Rajang Development Agency (URDA), Highland Development Agency (HDA), and the Northern Region Development Agency (NRDA), including ongoing infrastructure, investment and socioeconomic development initiatives.

It was a fruitful and engaging session, and we look forward to continued collaboration under his leadership.

—-

Hari ini amat istimewa apabila RECODA menerima kunjungan daripada YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Haji Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek bagi Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam).

Kunjungan ini merupakan sebahagian daripada sesi pengenalan beliau selepas memegang portfolio baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RECODA, YBhg Datuk Haji Ismawi Haji Ismuni telah memberi taklimat mengenai fungsi teras RECODA serta peranan tiga agensi pembangunan wilayah di bawahnya, iaitu Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA), Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) dan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), termasuk inisiatif pembangunan infrastruktur, pelaburan dan sosioekonomi yang sedang dilaksanakan.

Sesi bermanfaat ini memberi peluang kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan dan mengukuhkan kefahaman terhadap hala tuju pembangunan wilayah. Sudah tentu kami menantikan kerjasama berterusan di bawah kepimpinan beliau.