Anjuran Regional Corridor Development Authority (RECODA)

LATAR BELAKANG


Penubuhan Highland Development Agency (HDA) pada 12 Julai 2017 bertujuan mempercepatkan pembangunan di kawasan tanah tinggi yang mempunyai potensi besar untuk aktiviti ekonomi seperti pertanian tanah tinggi, ternakan dan pelancongan.
Kawasan HDA mempunyai keluasan 18,463 km2 yang merangkumi daerah Baram, Miri, Marudi dan Telang Usan. Pembangunan ini bertujuan untuk memperbaiki kehidupan rakyat, meningkatkan pendapatan, membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan yang dapat mengubah kawasan pedalaman tanah tinggi menjadi kawasan ekonomi yang membangun di negeri Sarawak.

OBJEKTIF

  • Objektif pertandingan adalah untuk menghasilkan satu logo dan moto yang melambangkan identiti HDA.
  • Logo dan moto ini akan menjadi lambang kepada penubuhan agensi yang membawa pembangunan serta kemajuan di HDA.
  • Pertandingan ini juga mengukur kreativiti rakyat dalam menghasilkan logo dan moto yang akan memberikan rasa kepunyaan kepada mereka.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

  1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua individu yang mendiami kawasan HDA sahaja. Kawasan HDA merangkumi Baram, Miri, Marudi dan Telang Usan.
  2. Setiap peserta hanya boleh menghantar SATU (1) logo dan SATU (1) moto sahaja bagi setiap penyertaan.
  3. Semua hasil logo dan moto yang dihantar adalah secara automatik menjadi hak milik RECODA.
  1. Dengan menyertai pertandingan ini, peserta bersetuju dan terikat dengan terma dan syarat serta keputusan daripada RECODA.

SPESIFIKASI REKABENTUK LOGO

  1. Logo mestilah baru dan asli. Logo yang mengandungi unsur-unsur dan elemen-elemen yang dianggap sensitif akan terbatal dengan sendirinya.
  2. RECODA tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada tuntutan hak cipta daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya hasil karya adalah ciplak.
  3. Rekabentuk hendaklah menggunakan kertas A4 (ukuran 210 mm x 297 mm) berwarna putih dan juga disertakan dengan softcopy menggunakan format Adobe Illustrator (AI) dan JPEG.
  4. Rekabentuk dan warna logo yang dipilih haruslah diikuti dengan penerangan dan huraian yang jelas.
  5. Logo haruslah mengandungi tulisan “HIGHLAND DEVELOPMENT AGENCY” dan “HDA”.
  6. Rekabentuk logo hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.
  7. Logo mestilah berresolusi tinggi (high resolution) dalam dua format iaitu berlatarbelakangkan putih dan lut sinar (transparency).

SPESIFIKASI MOTO

  1. Setiap moto hendaklah mengandungi unsur-unsur berkenaan HDA.
  2. Moto yang dipilih hendaklah menekankan pembangunan di kawasan HDA.
  3. Moto hendaklah digabungkan bersama logo mengikut kreativiti masing-masing.

PANEL PENILAI


  1. Penilaian dibuat oleh satu Jawatankuasa Penilai yang dilantik.
  2. Penyertaan dan keputusan adalah tertakluk kepada keputusan MUKTAMAD Panel Penilai.
  3. Panel Penilai berhak membatalkan penyertaan yang gagal memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan.
  4. Pihak Penilai berhak mengubahsuai dan meminda rekabentuk logo dan moto yang dipilih.
  5. Logo dan moto yang terpilih akan digunapakai dan menjadi hakmilik mutlak RECODA.

HADIAH


Johan : Wang Tunai RM 5,000 + Sijil Penyertaan
Saguhati x 5 orang : Wang Tunai RM 200 + Sijil Penyertaan

BORANG PENYERTAAN

  1. Borang penyertaan boleh didapati dari laman sesawang recoda.com.my mulai 11 November 2019 (Isnin). (Klik sini untuk muatturun borang penyertaan)
  2. Borang penyertaan hendaklah disertakan dengan SATU (1) salinan kad pengenalan untuk pengesahan alamat kediaman peserta.
  3. Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk “soft copy” melalui emel kepada nurul172@recoda.com.my dan helenabek@recoda.com.my dengan tajuk “PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN MOTO HIGHLAND DEVELOPMENT AGENCY (HDA)”.
  1. Tarikh tutup penghantaran penyertaan adalah pada 30 Disember 2019 (Isnin).

 

  1. Segala pertanyaan boleh diajukan secara terus kepada pegawai kami iaitu:

Cik Nurul Atiqah Busman                      082-551199 ext. 1197
Puan Helen Abdillah                               082-551199 ext. 1189