As part of Program Bakti MADANI (PBM) Miri 2025: Sarawak Maju Makmur, the satellite event Program Bakti MADANI Subis 2025 brought government services and opportunities straight to the people of Subis at Dewan Terbuka Sepupok, Niah.

The event was officiated by Deputy Minister of Health Malaysia and Member of Parliament for P218 Sibuti, YB Dato Lukanisman Awang Sauni, who highlighted how communities like Subis have long looked forward to initiatives that support their aspirations and bring development closer to home.

This meaningful programme is a joint commitment by the Federal and Sarawak Governments to ensure that rural areas don’t get left behind, but grow and thrive together with the rest of the state.

——

Di Dewan Terbuka Sepupok, Niah, Program Bakti MADANI Subis 2025 yang merupakan sebahagian daripada Program Bakti MADANI (PBM) Miri 2025: Sarawak Maju Makmur telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen P218 Sibuti, YB Dato Lukanisman Awang Sauni dengan jayanya!

Program ini memberi tumpuan kepada penglibatan komuniti dalam merealisasikan Agenda Ekonomi MADANI dan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030).

YB Dato Lukanisman dalam ucapannya berkata beliau dan masyarakat Subis mengalu-alukan penganjuran program seperti ini yang memberi manfaat langsung tentang inisiatif dan perkhidmatan kerajaan yang seterusnya membuka pelbagai peluang.

RECODA dan PACU mengucapkan terima kasih kepada warga Subis dan sekitarnya serta semua Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan dan Sarawak yang telah menjayakan program ini!