
Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) – Driving Prosperity, Empowering the People of Sarawak. Program Bakti MADANI (PBM) Miri 2025: Sarawak Maju Makmur brought renewed hope and energy, reaffirming that SCORE is not just a development corridor, but a catalyst for rural transformation and inclusive growth.
As shared in the YAB Premier of Sarawak’s speech, delivered by Minister for Utility and Telecommunication Sarawak YB Dato Sri Julaihi Narawi, SCORE has attracted more than RM125 billion in investments and created over 53,000 jobs.
Through RECODA’s three regional agencies — HDA, NRDA and URDA — 247 infrastructure projects are currently underway, opening access and opportunity in some of Sarawak’s most remote areas.
YAB Premier in his speech also shared key new initiatives by the Sarawak Government, including free higher education beginning in 2026, SKAS basic assistance for over 850,000 households, and expanded elderly healthcare under the SCHB programme — all aimed at uplifting the people and building a more equitable future.
We extend our deepest thanks to all stakeholders, agencies, media partners, sponsors and community members who joined us today!
Don’t miss out tonight! Konsert Rakyat starts at 8:00PM and features stars like Baby Shima, Alleycats, Rickie Andrewson and more!
——
Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) bukan hanya tentang pembangunan, tetapi juga memperkasakan rakyat. Program Bakti MADANI (PBM) Miri 2025: Sarawak Maju Makmur menyaksikan SCORE bukan sekadar koridor pembangunan, malah menjadi pemangkin harapan dan peluang untuk rakyat luar bandar.
Menerusi ucapan YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg yang dibacakan oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, YB Dato Sri Haji Julaihi bin Haji Narawi, beliau berkongsi tentang sumbangan besar SCORE terhadap pertumbuhan ekonomi Sarawak menerusi pelaburan bernilai lebih RM125 bilion serta penciptaan lebih 53,000 peluang pekerjaan.
Bersama RECODA, lebih 247 projek infrastruktur kini giat dilaksanakan di ketiga-tiga agensi pembangunan wilayahnya — HDA, NRDA dan URDA — yang membuka laluan kepada pertumbuhan sosioekonomi luar bandar secara inklusif.
YAB Premier turut berkongsi inisiatif baharu Kerajaan Sarawak seperti pendidikan tinggi percuma bermula 2026, bantuan asas SKAS kepada 850,000 isi rumah serta kemudahan kesihatan warga emas di bawah program SCHB — satu langkah signifikan ke arah kesejahteraan menyeluruh.
Terima kasih kepada semua pihak yang menyertai PBM Miri 2025: Sarawak Maju Makmur hari ini — daripada agensi kerajaan, rakan media, penaja sehinggalah komuniti dari pelbagai pelusuk negeri.
Jangan lupa malam ini! Saksikan Konsert Rakyat jam 8 malam yang menampilkan artis terkenal Baby Shima, Alleycats, Rickie Andrewson dan ramai lagi!