Empowering Communities for a Brighter Future – Highland Development Agency (HDA) recently held its first Sub Committee Meeting for Education, Health and Security chaired by Yang Berhormat Dato Anyi Ngau.

Discussed during the meeting was the assessment of education, health and welfare challenges in the HDA area, the development strategies and actions plans, the proposal of new projects and programmes, and coordination with relevant agencies for effective project planning and implementation to improve the overall well-being and development of the community.

The meeting brought together participation from HDA, represented by the Regional Director, Semuel Belawan, representatives from Government Departments and Agencies, including education, health, security, and local authority, and district officers.

———-

Highland Development Agency (HDA) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pertama bagi tahun 2024 yang membincangkan aspek Pendidikan, Kesihatan, dan Keselamatan, dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato Anyi Ngau.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, ialah cabaran dihadapi dalam bidang pendidikan, kesihatan, dan kebajikan di kawasan HDA, serta langkah-langkah strategik dan pelan tindakan yang perlu diambil. Selain itu, cadangan projek dan program baru, serta kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan bagi pelaksanaan projek berkenaan demi kesejahteraan komuniti, turut menjadi agenda dalam mesyuarat itu.

Hadir sama, Pengarah Wilayah HDA, Semuel Belawan, wakil-wakil dari Jabatan dan Agensi Kerajaan, dari sektor pendidikan, kesihatan, keselamatan dan pihak berkuasa tempatan, serta pegawai-pegawai Daerah.