Earlier today, RECODA, led by its CEO, Datuk Haji Ismawi Haji Ismuni, conducted a Stakeholders’ Engagement Session and site visits at Kampung Trusan Tengah, Lawas, as part of the Santuni MADANI programme.

The engagement session centred on connecting with local communities, addressing their needs, and reviewing the progress of ongoing initiatives in the region. The site visits included key locations such as the Dewan Masyarakat, Futsal Court, and Mosque in Kampung Trusan Tengah.

Present at the session were P222 Lawas MP, YB Dato Henry Sum Agong; NRDA Regional Director, Datu Haji Ubaidillah Abdul Latip; Temenggung Tuan Rosli Bin Majid; Pemanca Tuan Haji Hassan Bin Pilus; Penghulu Kawasan Trusan, Tuan Awangku Sapiudin Bin Pengiran Draup; as well as representatives from the Limbang Resident’s Office, Lawas District Office, Trusan Sub-District Office, and the Ketua-ketua Kampung of Kampung Tengah Trusan and Kampung Masjid.

The Santuni MADANI programme, overseen by the Implementation Coordination Unit (ICU) of the Prime Minister’s Department (JPM), is designed to enhance the potential of villages and empower local communities. Through direct monitoring and engagement sessions, the programme seeks to identify socio-economic challenges and address the specific needs of village residents.

Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datuk Haji Ismawi Haji Ismuni, telah mengadakan sesi libat urus bersama pihak pemegang taruh dan seterusnya melakukan lawatan tapak di Kampung Trusan Tengah, Lawas, sebagai sebahagian daripada Program Santuni MADANI.

Sesi libat urus bersama komuniti tempatan ini bertujuan untuk mendekati komuniti setempat bagi mengenal pasti keperluan mereka dan seterusnya meninjau kemajuan inisiatif yang sedang dilaksanakan di kawasan tersebut, yang melibatkan lokasi utama seperti Dewan Masyarakat, Gelanggang Futsal, dan Masjid di Kampung Trusan Tengah.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Ahli Parlimen P222 Lawas, YB Dato Henry Sum Agong; Pengarah Wilayah NRDA, Datu Haji Ubaidillah Abdul Latip; Temenggung Tuan Rosli Bin Majid; Pemanca Tuan Haji Hassan Bin Pilus; Penghulu Kawasan Trusan, Tuan Awangku Sapiudin Bin Pengiran Draup; serta wakil-wakil dari Pejabat Residen Bahagian Limbang, Pejabat Daerah Lawas, Pejabat Daerah Kecil Trusan, dan Ketua-ketua Kampung dari Kampung Tengah Trusan dan Kampung Masjid.

Program Santuni MADANI merupakan inisiatif di bawah seliaan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, yang bertujuan meningkatkan potensi kampung serta memperkasakan komuniti setempat. Melalui pemantauan langsung dan sesi libat urus, program ini bertujuan mengenal pasti cabaran sosio-ekonomi dan menyediakan penyelesaian khusus bagi memenuhi keperluan penduduk di kawasan tersebut.